Pertikai Jakim: Ku Li merepek tak boleh beza antara isu Islam, peribadi

 

 

Oleh Siti Fatimah Ishak

BANGI, 17 Jamadilawal 1439H, Sabtu – Pertelingkahan politik antara Tengku Razaleigh Hamzah dengan Tun Dr Mahathir Mohamad sudah agak keterlaluan apabila ianya meleret sehingga mempertikai institusi agama di negara ini.

Terbaharu, Tengku Razaleigh atau Ku Li menyelar keputusan Pakatan Harapan memilih semula Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri, sekiranya gabungan pembangkang itu memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Ku Li mendakwa pemilihan itu kelak memberi kesan buruk terutama kepada kebebasan akhbar dan bidang kehakiman.

Ahli Parlimen Gua Musang itu turut mempertikai penubuhan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), di bawah pentadbiran Dr Mahathir suatu ketika dahulu, kononnya tidak berperlembagaan.

Ahli Majlis Syura Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Ustaz Hazizi Abd Rahman berkata, pemimpin veteran UMNO itu tidak patut mencampur aduk isu peribadi dengan isu agama, sekalipun tidak bersetuju pendapat dengan Dr Mahathir.

Menganggap Ku Li sudah merepek sehingga menuduh Jakim tidak sah mengikut Perlembagaan, beliau berkata, Jakim adalah organisasi utama yang memajukan Islam dan pengurusan hal ehwal Islam di negara ini.

“Kenyataan Ku Li adalah cakap orang yang sudah tidak menentu dan tidak boleh membezakan antara pertelingkahan politik peribadi antara mereka berdua dan isu berkaitan kepentingan Islam di negara ini, melepasi bukan saja batas konflik peribadi, bahkan konflik kepartian sekalipun.

“Kewujudan Jakim amat penting dalam konteks Islam bernegara atau negara beragama di Malaysia, tanpa kaitan langsung dengan wujud atau tidak wujud orang bernama Ku Li mahupun Mahathir,” katanya dalam satu kenyataan.

Ku Li yang berkhidmat sebagai Menteri Kewangan di bawah pentadbiran Dr Mahathir turut mendakwa, eksploitasi politik ke atas Islam biasanya dilakukan pemimpin yang tiada asas agama dan ia termasuk bekas Perdana Menteri Malaysia selama 22 tahun itu.

Jakim diwujudkan secara rasmi pada 1997, dan diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri.

Mengulas lanjut Ustaz Hazizi berkata, dalam apa jua isu sepatutnya Ku Li dan Dr Mahathir perlu berdamai dan menghentikan sebarang pergaduhan.

“Kedua-dua tokoh lupus tarikh ini disarankan agar meninggalkan pertelingkahan politik mereka dan hiduplah dengan harmoni dan kasih sayang,” katanya.

The post Pertikai Jakim: Ku Li merepek tak boleh beza antara isu Islam, peribadi appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian