PLUS tawar rebat 20 peratus sempena Tahun Baharu Cina

KUALA LUMPUR, 16 Jamadilawal 1439H, Jumaat – PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menawarkan rebat tol sebanyak 20 peratus pada empat hari bukan waktu puncak iaitu 12, 13, 20 dan 21 Februari ini sempena cuti perayaan Tahun Baharu Cina.

Pengarah Urusan PLUS, Datuk Azman Ismail berkata, rebat itu diberikan kepada pengguna kenderaan Kelas 1 yang membuat perjalanan melebihi 100 kilometer dan membayar tol menggunakan kad PLUSMiles atau Touch ‘n Go yang didaftarkan menerusi portal PLUSMiles.

Beliau berkata, orang ramai masih perlu membayar tol dengan kadar biasa pada empat tarikh berkenaan sebelum rebat tol 20 peratus dimasukkan ke dalam kad tambah nilai masing-masing apabila mereka menambah nilai kad di pusat-pusat khidmat pelanggan PLUS di antara 15 Mac sehingga 14 Jun 2018.

Pendaftaran kad PLUSMiles atau Touch ‘n Go boleh dilakukan di laman plusmiles.com.my bagi melayakkan mereka menikmati rebat tol yang ditawarkan.

“Bagaimanapun, rebat itu tidak meliputi transaksi tol di Plaza Tol Bangunan Sultan Iskandar, Tanjung Kupang dan Jambatan Pulau Pinang,” katanya dalam kenyataan hari ini.
 
Selain itu, PLUS turut mengeluarkan jadual waktu Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) pada 9 hingga 25 Feb ini bagi membolehkan orang ramai merancang perjalanan mereka, selain mengagihkan trafik dan mengelak kenderaan terkumpul di satu-satu lokasi sehingga menyebabkan kesesakan.

Berdasarkan TTA yang dikeluarkan PLUS, orang ramai dari Lembah Klang yang menuju ke destinasi yang jauh seperti Johor, Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak Utara disarankan memasuki Lebuhraya Utara-Selatan lebih awal iaitu sebelum 10 pagi.

Orang ramai dari Lembah Klang yang menuju ke destinasi lebih dekat seperti Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Perak Selatan dan Perak Tengah pula disarankan memasuki lebuh raya selepas 10 pagi.

“Dengan mematuhi TTA yang dikeluarkan PLUS, pergerakan trafik di lebuh raya akan menjadi lebih lancar kerana kumpulan kenderaan yang menuju ke destinasi yang lebih jauh tidak akan bertembung dengan kumpulan kenderaan yang menuju ke destinasi yang lebih dekat,” jelasnya. – Bernama

The post PLUS tawar rebat 20 peratus sempena Tahun Baharu Cina appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian