ismakualaterengganu

Polis buka kertas siasatan Namawee

KUALA LUMPUR, 2 Jamadilakhir 1439H, Ahad – Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuka kertas siasatan ke atas penyanyi rap kontroversi, Wee Meng...

KUALA LUMPUR, 2 Jamadilakhir 1439H, Ahad – Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuka kertas siasatan ke atas penyanyi rap kontroversi, Wee Meng Chee atau Namewee berhubung tindakannya memuat naik klip video terbaharu bertajuk ‘Like A Dog’, baru-baru ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Muhamad Fuzi Harun berkata, polis akan menjalankan siasatan mengikut undang-undang berkaitan berhubung kes penyanyi berusia 35 tahun itu.

Beliau berkata, pihaknya kini bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), dan tidak teragak-agak bertindak ke atas mana-mana individu yang didapati sengaja mencetuskan isu perkauman dan menganggu ketenteraman awam.

“Kes ini disiasat mengikut Sekyen 298 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya kepada pemberita, hari ini.

Terdahulu, Muhamad Fuzi merasmikan Program Kembara Bermotosikal Rayuan Tabung Amanah Warisan Polis (TAWP) sempena Hari Polis ke 211, di Pusat Latihan Polis (PULAPOL), di sini, hari ini.

Minggu lalu, Namawee memuat naik klip video terbarunya sempena Tahun Baharu Cina bertajuk ‘Like A Dog’ yang memaparkan individu memakai topeng anjing dengan tarian lucah berlatar belakangkan bangunan Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya.

Tindakan biadap itu bukan pertama kali dicetuskan Namawee, malah pernah ditahan sebelum ini menerusi satu muzik video menghina Islam, ‘Oh My God’ pada 2016.

The post Polis buka kertas siasatan Namawee appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Related

TERKINI 3374073070629665173

Catat Ulasan Disqus Comments

JARINGAN

FACEBOOK

TOTAL PAGEVIEWS

item