Polis Tangkap Dua Penjenayah Setelah Klip Video Tular

KOTA BHARU, 10 Jamadilakhir 1439H, Isnin – Seorang wanita berusia 72 tahun yang berjalan seorang diri di sebuah lorong di Taman Limau Manis di sini, cedera selepas menjadi mangsa ragut dua lelaki yang menaiki sebuah kereta.

Namun, klip video kejadian kira-kira jam 12.15 tengah hari, semalam, yang dipercayai dirakam menerusi kamera litar tertutup (CCTV), kemudian menjadi viral, membolehkan pihak polis mengesan dan menangkap kedua-dua suspek.

Klip video itu menunjukkan seorang lelaki mengekori wanita berkenaan yang hendak membuka pintu keretanya, sebelum bertindak merampas beg tangan wanita itu hingga terjatuh. Penjenayah kemudian melarikan diri dengan sebuah kereta Proton Persona berwarna hitam.

Polis menyemak nombor pendaftaran kenderaan itu sebelum melakukan serbuan ke atas sebuah rumah di Jalan Bayam, Kota Bharu dan menangkap kedua-dua suspek berusia 27 dan 33 tahun.

Kedua-dua suspek mengaku melakukan jenayah itu, manakala yang cedera dihantar mendapatkan rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II.

The post Polis Tangkap Dua Penjenayah Setelah Klip Video Tular appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian