Qatar, Chad pulihkan hubungan diplomatik, hantar semula duta

DOHA, 6 Jamadilakhir 1439H, Khamis – Qatar dan Chad bersetuju memulihkan semula hubungan diplomatik, yang putus pada Ogos tahun lalu sebaik sahaja pakatan diketuai Arab Saudi mengenakan sekatan ke atas Doha, kata Kementerian Luar Qatar, semalam.

Jurucakap Kementerian Luar Qatar, Lolwah al-Khater berkata menerusi laman media sosial bahawa kedua-dua negara mencapai persetujuan bagi membuka semula kedutaan masing-masing berkuat kuasa serta-merta.

“Sebentar tadi memorandum persefahaman ditandatangani (MoU) antara Qatar dan Chad. Hubungan diplomatik akan disambung semula dengan pertukaran duta kedua-dua negara berkuat kuasa serta-merta,” katanya dalam laman Twitter.

Katanya, MoU itu adalah satu kejayaan bagi kedua-dua negara.

Menteri Luar Qatar, Mohammed bin Abdulrahman al-Thani, juga mengalu-alukan persetujuan itu.

“Kami mengalu-alukan pemulihan hubungan diplomatik antara Qatar dan Chad dan mengembalikan duta kedua-dua negara rakan itu,” katanya dalam laman Twitter.

Chad sebelum ini menutup kedutaan Qatar di N’Djamena pada hujung Ogos tahun lalu, sambil menuduh Doha berusaha untuk menjejaskan kestabilan negara itu.

Qatar kemudian bertindak balas menutup kedutaan Chad di Doha dan mengarahkan semua kakitangannya meninggalkan negara itu.

Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Bahrain dan Mesir memutuskan hubungan diplomatik serta dagangan dan menutup pintu sempadan serta ruang udara mereka, selepas menuduh Qatar membantu pengganas. Doha, bagaimanapun menafikan tuduhan itu.

Chad adalah antara kumpulan negara kecil di Afrika, termasuk Mauritania dan Senegal, yang memanggil pulang duta mereka pada permulaan krisis itu. – Agensi

The post Qatar, Chad pulihkan hubungan diplomatik, hantar semula duta appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian