Rahsia dipukul dibawa ke mati

 

LUKUT, 16 Jamadilawal 1439H, Jumaat – Meski ajal bagai mengintai, Nur Aina Nabihah yang menjadi mangsa dera bapa kandung dan ibu tiri, lebih sanggup merahsiakan ‘pekung’ keluarga daripada mendedahkannya.

Salah seorang jiran yang tidak mahu dikenali berkata, kanak-kanak itu tidak pernah bercerita perkara buruk mengenai bapanya.

Katanya, mangsa akan mengelak dengan memberi jawapan lain apabila ditanya mengenai lebam pada mukanya.

Namun, beliau berkata, Aina pernah mengadu kepada anaknya yang dia pernah didera.

“Mangsa agak pendiam dan jarang keluar rumah tetapi semua orang di sini tahu dia adalah kanak-kanak yang baik. Apabila saya bertanya mengenai kecederaan sebelum ini, dia memberi alasan terjatuh daripada basikal.

“Dia beritahu anak saya, dia selalu kena pukul malah pernah dibaling kerusi oleh bapanya sehingga kerusi itu patah dan dia cedera. Dia juga beritahu kalau keadaan berterusan, dia boleh mati,” katanya.

Kisah Aina menyentuh hati ramai pihak selepas kanak-kanak itu disahkan maut kerana didera di rumah keluarganya di Taman Vista Jaya, Lukut.

Mangsa meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Tuanku Ja’afar Seremban (HTJS), 12.30 tengah malam kelmarin.

Bedah siasat mendapati, kanak-kanak terbabit cedera pada buah pinggang, selain usus terkoyak dan patah tulang rusuk, dipercayai akibat dipukul dengan objek tumpul.

Hasil siasatan awal polis mendapati mangsa dipukul dengan tali pinggang tentera, ditendang dan dipijak sehingga terkencing malah pernah dipukul dengan bangku plastik.

Bapa mangsa merupakan anggota tentera manakala ibu tirinya tidak bekerja.

Kedua-duanya kini direman tujuh hari bagi membantu siasatan kes berkenaan.

The post Rahsia dipukul dibawa ke mati appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian