Rasuah projek: SPRM tahan dua pegawai kanan UEM Sunrise

BANGI, 19 Jamadilawal 1439H, Isnin – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan dua pegawai kanan syarikat pemaju hartanah kerana disyaki terlibat dalam kegiatan rasuah dan salah guna kuasa.

Suspek yang bertugas di UEM Sunrise Bhd sebagai timbalan pengurus besar dan pengarah projek selatan 1 ditahan petang tadi di pejabat SPRM Johor.

Mengesahkan penahanan itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki berkata, pihaknya menyita 15 akaun milik timbalan pengurus besar dan syarikat kontraktor bagi membantu siasatan.

“Kita akan meneliti semua dokumen yang dirampas untuk mengenal pasti sama ada wujudnya elemen rasuah dan salah guna kuasa,” katanya.

Berdasarkan siasatan, kedua-duanya bertindak secara langsung memastikan kontrak landskap di bawah seliaan mereka dianugerahkan kepada lapan syarikat, dengan anggaran RM44 juta.

Difahamkan, timbalan pengurus besar berkenaan akan mengarahkan eksekutif syarikat untuk memberi markah sebanyak 80 peratus kepada syarikat kontraktor yang bertanggungjawab ke atas kerja-kerja penyelenggaraan landskap.

Tindakan itu dibuat supaya mereka menerima bayaran penuh daripada tuntutan bulanan yang dikemukakan.

Manakala, pengarah projek yang mempunyai bidang kuasa untuk melantik kontraktor, pembekal dan jururunding serta meluluskan pembayaran juga akan meluluskan tuntutan yang dikemukakan kontraktor-kontrator supaya mereka menerima bayaran penuh seperti yang dinyatakan dalam kontrak.

Berdasarkan siasatan awal, wujud bayaran mencurigakan berjumlah lebih RM2.4 juta, yang dimasukkan ke akaun bank milik timbalan pengurus syarikat dan isterinya.

The post Rasuah projek: SPRM tahan dua pegawai kanan UEM Sunrise appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian