ismakualaterengganu

Rejim Al-Sisi lancar operasi sulit

KAHERAH, 4 Jamadilakhir 1439H, Selasa – Angkatan tentera dan polis rejim Abdel Fattah Al-Sisi, semalam, mula melancarkan operasi rahsia, k...

KAHERAH, 4 Jamadilakhir 1439H, Selasa – Angkatan tentera dan polis rejim Abdel Fattah Al-Sisi, semalam, mula melancarkan operasi rahsia, kononnya bagi mempertahankan negara dan melindungi rakyat Mesir.

Presiden yang merampas kuasa daripada pemimpin Mesir yang dilantik secara demokrasi pada 2013, Al-Sisi menegaskan operasi rahsia oleh tentera dan polis untuk menjaga keselamatan daripada pengganas dan kumpulan ekstremis.

Bercakap pada pelajar Kolej Tentera Mesir, Al-Sisi mendakwa pengganas dan ekstremis mahu memusnahkan keseluruhan negara dan masa depannya.

“Tugas askar dan polis adalah memastikan keselamatan seluruh negara, bukan sahaja di Sinai. Rakan-rakan anda daripada tentera dan polis menjalankan tugas dengan berhemah melawan pengganas di seluruh negara,” katanya.

Pada 9 Februari lalu, Mesir mengumumkan melancarkan operasi ketenteraan besar-besaran – Sinai 2018 – konon, bagi menghapuskan elemen pengganas di negara itu.

Tindakan itu dibuat sebulan sebelum menjelang Pilihan Raya Presiden 2018 yang dijadualkan bermula Mac ini. Rejim Al-Sisi juga mengenakan perintah darurat di seluruh negara bermula April tahun lalu dan diperbaharui untuk kali ketiga pada 13 Januari lalu bagi tempoh tiga bulan.

Al-Sisi mengetuai tentera merampas kuasa daripada pemimpin Ikhwanul Muslimin, Mohamed Morsi, Presiden Mesir yang pertama kali dilantik secara demokrasi, pada 2013.

Sejak itu rejim Mesir menangkap Mohamed Morsi serta ahli dan penyokong Ikhwanul Muslimin. Mereka dikenakan pelbagai tuduhan dalam perbicaraan yang dianggap masyarakat antarabangsa sebagai berat sebelah.

Mohamed Morsi sendiri dikenakan pelbagai tuduhan berat dan dijatuhi hukuman mati.

Rejim Al-Sisi juga mengisytiharkan Ikhwanul Muslimin sebagai pergerakan pengganas. – Agensi

The post Rejim Al-Sisi lancar operasi sulit appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Related

TERKINI 4576076816725863722

Catat Ulasan Disqus Comments

JARINGAN

FACEBOOK

TOTAL PAGEVIEWS

item