Rejim pengganas Israel tembak mati pemuda Palestin

GAZA, 18 Jamadilawal 1439H, Ahad – Seorang pemuda Palestin ditembak mati ketika askar rejim pengganas Israel menyerbu perkampungan Wadi Burqin di utara Jenin, Tebing Barat malam tadi waktu tempatan.

Ahmad Samir Obeid, 19 tahun, ditembak di kepala dan dibawa ke hospital, tetapi doktor mengesahkan beliau meninggal dunia tidak lama selepas itu. Beliau menjadi rakyat Palestin ketujuh dibunuh oleh rejim pengganas Zionis tahun ini.

Lapan lagi rakyat Palestin cedera selepas terkena tembakan, sementara empat lagi pemuda ditangkap.

Askar rejim pengganas Israel yang diiringi jentolak dan dron, mengepung beberapa rumah di kampung itu kerana memburu seorang lagi pemuda Palestin, Ahmad Jarrar.

Ahmad Jarrar, 22 tahun, dikehendaki rejim itu atas tuduhan membunuh seorang pendatang Yahudi bulan lalu. Sepupunya yang turut memiliki nama sama dibunuh tentera Zionis pada 18 Januari lalu, dalam apa yang disifatkan sebagai kesilapan identiti.

Askar rejim Zionis menggunakan pembesar suara mengarahkan Ahmad Jarrar menyerah diri atau semua rumah di kampung itu akan dirobohkan.

Tentera rejim turut melaksanakan perintah berkurung di Wadi Burqin, dan sesetengah penduduk dihalau dari rumah mereka yang kemudian dijadikan kem tentera. – Agensi

The post Rejim pengganas Israel tembak mati pemuda Palestin appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian