Ribuan rakyat Palestin berkumpul di sempadan Gaza

SEMENANJUNG GAZA, 22 Jamadilawal 1439H, Khamis – Ribuan penduduk Palestin berkumpul di sempadan Gaza-Mesir hari ini, dengan harapan diberi peluang singkat ke negara itu selepas Kaherah membuka sementara pintu sempadan berkenaan.

Mesir akan membuka sempadannya dengan Semenanjung Gaza untuk tempoh beberapa kali setahun, dengan hanya mengeluarkan notis singkat.

Pembukaan sementara sempadan genting Gaza dengan Mesir itu semalam, turut dibuat tanpa sebarang pengumuman atau notis.

Israel juga masih mengekalkan sekatan ketat ke atas sempadan di Semenanjung Gaza, sehingga menyukarkan lebih 2 juta rakyat Palestin menerima rawatan dan perubatan di Mesir.

Kedutaan Palestin di Kaherah dalam satu kenyataan, mengucapkan terima kasih kepada Presiden Mesir, Abdel Fattah al-Sisi susulan pembukaan sempadan itu.

Mesir buat pertama kalinya membuka pintu sempadan dengan Gaza pada Disember lalu, selepas Hamas memberikan kawalan sempadan itu kepada Pihak Berkuasa Palestin (PA) dalam perjanjian damai yang dibuat pada Oktober lalu.- Agensi

The post Ribuan rakyat Palestin berkumpul di sempadan Gaza appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian