RM179 bilion milik pelombong lenyap dari Bitcoin

CEPAT dapat cepatlah hilangnya (Easy come easy go), itu yang digambarkan mengenai status semasa Bitcoin, kriptowang bualan hangat dunia digital masa kini.

Januari lalu, RM179 bilion (USD46.1 bilion) daripada RM781 bilion (USD200 bilion) nilai keseluruhan mata wang digital itu hilang, lapor Coinmarketcap.

Ketika nilainya naik mencecah USD10,000, Bitcoin menghasilkan aura momentum memukau apabila pelombong berpusu-pusu menanam pelaburan merancakkan aktiviti perlombongan.

Perlu diingat apabila suatu pelaburan naik sehingga 50 peratus daripada nilai asalnya, indikator kewaspadaan dan berhati-hati perlu diaktifkan.

Kerana ia suatu yang tidak masuk akal.

Menyedihkan, kini pelombong cedera dan merawat luka sendiri dengan kejatuhan Bitcoin, yang terbesar dalam sejarah aset digital, dan berlaku selang masa hanya sebulan.

Ketika Bitcoin mencapai kemuncaknya pada tahap USD20,000 pada awal Disember, banyak berita dan spekulasi negatif tersebar menyebabkan sebahagian pelabur mula hilang keyakinan.

Nilai Bitcoin menyusut pada kadar antara USD5,000 hingga UDS15,000.

Berita-berita tersebar itu kesan daripada pengenalan kepada ‘Future Contracts on Regulated Exchanges’ oleh kerajaan Amerika Syarikat (AS).

Nampaknya, jalan yang penuh liku bakal dihadapi pelombong dengan ketidaktentuan pasaran kriptowang Bitcoin.

Yudi Kukrniawan Budi
Cyberjaya
6 Februari 2018

Penafian: Artikel ini adalah pandangan penulis. Ia tidak mewakili pendirian rasmi Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), mahupun Ismaweb.net.

The post RM179 bilion milik pelombong lenyap dari Bitcoin appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian