ismakualaterengganu

ROS ‘lambat buat kerja’, PH ambil tindakan mahkamah: Tun M

BANGI, 4 Jamadilakhir 1439H, Selasa – Pakatan Harapan (PH) akan membuat rayuan di mahkamah bagi mendesak Pendaftaran Pertubuhan (ROS) memb...

BANGI, 4 Jamadilakhir 1439H, Selasa – Pakatan Harapan (PH) akan membuat rayuan di mahkamah bagi mendesak Pendaftaran Pertubuhan (ROS) memberi maklum balas berhubung pendaftaran blok pembangkang itu.

Pengerusi PH, Tun Dr Mahathir Mohamad pada sidang media hari ini berkata, tindakan itu terpaksa diambil berikutan ROS gagal melaksanakan tugasnya.

“Kami masih tidak menerima respons sama sekali daripada ROS. Walaupun kami telah bertanya kepada mereka, mereka tidak memberi sebarang jawapan. Kami tidak boleh nak cakap mereka menolak, kerana mereka tidak menolak, tetapi pada masa yang sama kami tidak boleh buat apa-apa sebab mereka belum luluskan lagi.

“Jadi langkah yang kami mahu ambil adalah buat rayuan ke mahkamah untuk meminta agar ROS membalas permohonan kami yang sudah banyak dihantarkan kepada pihak sana,” katanya.

Dr Mahathir yang juga Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) kesal kerana ROS sebagai agensi kerajaan tidak menjalankan tugas dengan sebaiknya.

Situasi ini juga, katanya, sangat memberi kesan buruk kerana PH tidak dapat membuat persediaan bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), akan datang.

“Tak tahulah sama ada ROS memang bermaksud dan ia adalah niat yang sebenar untuk tidak membalas permohonan kami. Saya fikir ini adalah salah bagi jabatan kerajaan untuk diam ketika menjalankan tugas mereka. Tindakan ROS sebenarnya secara tak langsung membantu Barisan Nasional (BN) untuk memenangi pilihan raya,” katanya.

Pada masa sama, beliau mendedahkan banyak kesalahan dalam senarai daftar pemilih dan akan mengemukakannya kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

“Sekarang ini kita dapati satu lagi perkara yang diperkenalkan oleh kerajaan iaitu undi pos dan undi awal. Kalau ini diperkenalkan ramai orang menerusi kaedah ini mungkin memberi sokongan kepada kerajaan. Kita tahu bahawa dalam PRU13, lebih daripada 400,000 pemilih telah membuat pengundian awal atau mengikut pos,” katanya.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, tindakan itu mempunyai kesan besar terhadap undi bagi parti lawan.

“Kalau kita jumlah semua yang diberi hak untuk mengundi pos sekarang, jumlahnya dah sampai satu juta. Ini memberikan peluang kepada salah guna kuasa dari pihak tertentu supaya kemenangan akan diperoleh oleh pihak kerajaan.

“Inilah cara-cara yang tidak adil dan mungkin bercanggah dengan undang-undang yang dilakukan oleh kerajaan demi menentukan kemenangan bagi parti BN,” katanya.

The post ROS ‘lambat buat kerja’, PH ambil tindakan mahkamah: Tun M appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Related

TERKINI 8880925348850435095

Catat Ulasan Disqus Comments

JARINGAN

FACEBOOK

TOTAL PAGEVIEWS

item