Saluran berita Al Arabiya tidak boleh lagi beroperasi di UK, EU

LONDON, 30 Jamadilawal 1439H, Jumaat – Saluran berita Al Arabiya milik Arab Saudi menyerahkan serta-merta lesen penyiaran mereka kepada Pejabat Pengawal Penyiaran dan Komunikasi United Kingdom (Ofcom).

Penyerahan itu dibuat setelah Ofcom menerima aduan daripada Qatar yang menyatakan saluran berita itu melanggar undang-undang kesaksamaan dan ketepatan dalam sumber berita.

Doha membuat aduan itu berikutan tindakan Al Arabiya menyiarkan laporan yang dianggap oleh agensi berita Qatar (QNA) sebagai kenyataan tidak berasas, yang secara salah dikaitkan dengan Emir Qatar, Sheikh Tamim Bin Hamad Al Thani, ketika QNA digodam pada 24 Mei tahun lalu.

QNA telah mengupah firma guaman Carter-Ruck di United Kingdom (UK), untuk mengemukakan aduan di Ofcom, terhadap Al Arabiya dan Sky News Arabia kerana menyiarkan berita palsu dan kenyataan palsu yang dikaitkan dengan Sheikh Tamim, sehingga Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Bahrain dan Mesir, memboikot Doha.

Penyerahan lesen oleh saluran berita berpangkalan di Dubai, UAE dan dimiliki oleh ahli perniagaan Arab Saudi itu, dibuat bagi mengelak siasatan yang boleh mendedahkan mereka kepada denda dan penalti yang besar, serta pembatalan lesen penyiaran.

Berikutan penyerahan lesen itu, Al Arabiya kini tidak boleh lagi membuat siaran berita di UK atau di mana sahaja di negara Kesatuan Eropah (EU).

Pafa 5 Jun tahun lalu, Arab Saudi, UAE, Bahrain dan Mesir mula memboikot Qatar dengan merujuk kenyataan dibuat oleh Emir Qatar. Empat negara itu kemudian memutuskan hubungan diplomatik dan dagang dengan Doha serta menuduh negara itu menyokong pengganas. Doha bagaimanapun, menafikan tuduhan itu.

Al Arabiya pernah didenda AS$170,000 oleh Ofcom kerana menyiarkan pengakuan pemimpin pembangkang Bahrain yang dipenjara, Hassan Mushaima dari dalam penjara yang mendakwa diseksa. Pengakuan itu dibuat menerusi satu klip video yang diserahkan kepada wartawan Al Arabiya.

Sementara itu, Ketua Pengarah QNA, Youssef Ibrahim Abdurahman al-Malki berkata, penyerahan lesen itu oleh Al Arabiya membuktikan saluran berita terbabit melakukan kesalahan jenayah. – Agensi

The post Saluran berita Al Arabiya tidak boleh lagi beroperasi di UK, EU appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian