ismakualaterengganu

‘Saya pun akan jadi muslim’

LIVERPOOL, 1 Jamadilakhir 1439H, Sabtu – Dalam memberi sokongan kepada bintang bola sepak Mesir yang beraksi pada Liga Perdana Inggeris ...

LIVERPOOL, 1 Jamadilakhir 1439H, Sabtu – Dalam memberi sokongan kepada bintang bola sepak Mesir yang beraksi pada Liga Perdana Inggeris (EPL), Mohamed Salah, penyokong Liverpool bangkit dengan kata-kata semangat baharu meraikan keyakinan mereka terhadapnya.

Mo Sa-la-la-la-lah, Mo Sa-la-la-la-lah, if he’s good enough for you, he’s good enough for me, if he scores another few, then I’ll be Muslim too.”

Demikian nyanyian penyokong Kelab Bolasepak Liverpool (LFC) yang dirakamkan di stadium, tatkala menyaksikan kelibat dan aksi pemain yang dinobatkan sebagai pemain terbaik EPL bulan November tahun lalu, dan lebih dikenali sebagai ‘Mo Salah.

Rentak irama itu berterusan “He’s sitting in the mosque, that’s where I want to be.”

Pemain berusia 25 tahun itu begitu pantas meraih populariti dalam kalangan komuniti bola sepak Inggeris. Tahun lalu, beliau dinobatkan Pemain Terbaik Afrika oleh BBC.

Rabu lalu, beliau menjadi pemain Liverpool ke 13 melakar sejarah kelab itu yang meraikan jaringan ke 30 dalam satu musim, ketika menentang Porto, mendorong sesetengah peminat menyamakan Mo Salah dengan legenda bola sepak Argentina, Lionel Messi.

Luis Suarez yang bermain untuk Kelab Bola Sepak Barcelona, adalah pemain terakhir sebelum ini yang menjarikan 30 gol dalam satu musim pada April 2014.

Klip video Mo Salah menjaringkan gol ke 30:

Rentak irama untuk Mo Salah, yang mendapat jolokan ‘Raja Mesir’, dilihat sesetengah pihak sebagai satu pencapaian menentang sikap perkauman dalam bola sepak Inggeris.

Beberapa pihak dalam media sosial mengalu-alukan lagu dinyanyikan peminat LFC, sambil menganggap ianya satu langkah ke arah menghentikan Islamophobia.

“Mo Salah melakukan lebih banyak untuk mengakhiri pertembungan tamadun daripada orang lain di dunia,” kata Karl Sharro dalam laman Twitternya.

“Saya bukan peminat Liverpool, tetapi anda pasti percaya bahawa dengan lagu yang dinyanyikan untuk Mo Salah itu menyaksikan bola sepak telah membina satu jambatan,” kata penulis dan pengarah, Gbolahan Obisesan.

Pemain ragbi Kelab Old Elthamians menulis dalam Twitternya bahawa beliau menggemari lagu yang dinyanyikan untuk Mo Salah.

“[Mencintai] umat Islam harus diperkuat,” tulisnya.

Beberapa individu pula bergurau, seperti yang disebut menerusi lagu itu, bahawa mereka sedang mempertimbangkan untuk menukar kepada agama Islam kerana bakat Mo Salah.

Antaranya:

“Mo Salah terbaik, saya mempertimbangkan untuk menjadi muslim #TheEgyptianKing,” gurau @bairdy_10. 

“Mo Salah telah mengalihkan saya menjadi Muslim yang taat. Jumpa saya di luar masjid jika anda mencari saya,” tulis @bradleymaguire_. – Agensi

The post ‘Saya pun akan jadi muslim’ appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Related

TERKINI 6701202834879795441

Catat Ulasan Disqus Comments

JARINGAN

FACEBOOK

TOTAL PAGEVIEWS

item