Sedih, terkilan Neelofa lancar koleksi hijab di The Zouk

BETAPA jauhnya wanita Muslim kini daripada prinsip dan falsafah sebenar kita memakai hijab. Hijab adalah identiti yang berkembar rapat dengan takwa, identiti kita sebagai wanita muslim, yang sepatutnya menjauhi tempat – tempat maksiat, seperti kelab malam.

Apatah lagi The Zouk yang pernah mengundang berbagai kontroversi kerana penangkapan artis muslim yang minum arak, dan pertandingan ratu cantik membabitkan peserta Islam suatu masa dahulu.

Adakah difikirkan pelancaran hijab itu, boleh mengislamkan entiti kelab malam seperti The Zouk?

atau

Sebenarnya normalisasi yang sedang berjalan bahawa wanita muslim yang bertudung juga sudah bebas boleh mengunjungi kelab malam?

Alasan yang diberikan adalah tema dan kos penajaan yang murah? Bukankah terlalu banyak tempat lain yang boleh dipilih yang lebih sederhana kosnya? Yang lebih mulia?

Betul, jangan difikirkan kata-kata orang, namun mohon Neelofa rujuklah semula ayat-ayat al-Quran berkenaan hijab dan menghayati semula pesanan Allah Subhanahu wa Taala. Semoga Allah Taala melindungi kita daripada fitnah akhir zaman ini.

Hendaknya menutup seluruh tubuh dan tidak menampakkan anggota tubuh sedikit pun, selain yang dikecualikan kerana Allah berfirman:

“Dan hendaklah mereka menutupkan kain kerudung ke dada mereka dan janganlah menampakkan perhiasan mereka, kecuali yang biasa nampak.” (An-Nuur: 31)

Allah Subhanahu wa Taala berfirman yang bermaksud:

Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Al-Ahzab : 59).

Wahai isteri-isteri Nabi, kamu semua bukanlah seperti mana-mana perempuan yang lain kalau kamu tetap bertakwa. Oleh itu janganlah kamu berkata-kata dengan lembut manja (semasa bercakap dengan lelaki asing) kerana yang demikian boleh menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya (menaruh tujuan buruk kepada kamu), dan sebaliknya berkatalah dengan kata-kata yang baik (sesuai dan sopan).” (Al-Ahzab : 32)

Dan hendaklah kamu tetap diam di rumah kamu serta janganlah kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang-orang jahiliyah zaman dahulu…” (Al-Ahzab : 33)

Dan apabila kamu meminta sesuatu yang harus diminta dari isteri-isteri Nabi maka mintalah kepada mereka dari sebalik tabir. Cara yang demikian lebih suci bagi hati kamu dan hati mereka.” (Al-Ahzab : 53)

Prof Madya Dr Rafidah Hanim Mokhtar
Presiden WAFIQ

Artikel ini adalah pendapat penulis dan tiada kena mengena dengan Media Isma Sdn Bhd atau Ismaweb.net.

The post Sedih, terkilan Neelofa lancar koleksi hijab di The Zouk appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian