Sejuta pelarian muslim Rohingya berada di sempadan Bangladesh

ISTANBUL, 5 Jamadilakhir 1439H, Rabu – Kem perlindungan di sempadan Bangladesh menjadi kawasan penempatan pelarian terbesar di dunia yang kini menempatkan lebih sejuta etnik minoriti Islam Rohingya.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dalam satu kenyataan berkata, kepadatan pelarian Rohingya di kem berkenaan menjadi satu kebimbangan, kerana cenderung terjejas dengan pelbagai masalah kesihatan serta wabak penyakit.

Pengarah WHO untuk Wilayah Asia Tenggara, Poonam Khetrapal Singh berkata, keperluan kesihatan terus menjadi isu utama bagi 1.3 juta pelarian Rohingya di Cox’s Bazar.

Katanya, usaha utama dibuat agensi kerajaan Bangladesh adalah mencegah penyebaran penyakit seperti taun dan mengawal wabak campak serta difteria.

“Bagaimanapun, cabaran-cabaran itu adalah besar dan berganda. Keadaan krisis kesihatan melibatkan pelarian Rohingya memerlukan usaha berterusan dan sumbangan semua pihak bagi meningkatkan perkhidmatan kesihatan kepada mereka,” katanya.

Khetrapal Singh berkata, faktor air dan kawasan perlindungan perlu dioptimumkan, bagi mengelakkan risiko penyebaran wabak yang disebabkan oleh kebersihan.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyifatkan Rohingya sebagai etnik paling teruk dianiaya di dunia, dengan krisis penindasan yang dihadapi mereka selama puluhan tahun.

Sehingga kini, dianggarkan 9,000 etnik Rohingya dibunuh rejim Myanmar di negeri Rakhine sejak kempen ketenteraan pada 25 Ogos lalu.- Agensi

The post Sejuta pelarian muslim Rohingya berada di sempadan Bangladesh appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian