Selamat walaupun terperangkap 13 jam dalam tanah runtuh, rakan mati

JAKARTA, 20 Jamadilawal 1439H, Selasa – Seorang pekerja PT Garuda Maintenance Facility (GMF) AeroAsia, terselamat walaupun kereta dinaikinya bersama seorang rakan, tertimbus tanah akibat runtuhan tembok di jalan berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno Hatta di Tangerang, Banten.

Mukhmainah terperangkap kira-kira 13 jam, sebelum dikeluarkan daripada runtuhan itu jam 7 pagi tadi.

Rakannya Dianti Dyah Ayu Putri yang memandu kereta itu, dikeluarkan lebih awal iaitu kira-kira jam 3 pagi, sebelum dikejarkan ke Hospital Mayapada di Tangerang, dan meninggal dunia jam 6.45 pagi.

Tanah runtuh itu berlaku akibat hujan lebat pada petang Isnin sehingga merobohkan dinding tembok di luar laluan bawah tanah di J1 Perimeter Selatan, dan menimbus kereta dinaiki kedua-duanya.

Sementara itu, jurucakap Pejabat Pengurusan Bencana Kebangsaan, Sutopo Purwo Nugroho berkata, setakat ini tanah runtuh juga dilaporkan berlaku di empat kawasan di wilayah Puncak, dipercayai berpunca daripada hujan lebat.

Justeru, tahap amaran banjir di ibu kota Jakarta dinaikkan ke peringkat tertinggi, katanya.

Rakaman televisyen menunjukkan aliran deras air sungai bercampur lumpur merempuh jalan sekali gus menumbangkan pokok dan memusnahkan perkampungan terletak di kawasan berbukit di sekitar Jakarta.

Pihak berkuasa terpaksa melepaskan air dari takungan di hulu kota Bogor selepas paras air menunjukkan amaran bahaya. – Agensi

The post Selamat walaupun terperangkap 13 jam dalam tanah runtuh, rakan mati appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian