ismakualaterengganu

Selangor kaji waktu kerja anjal penjawat awam wanita

  BANGI, 22 Jamadilawal 1439H, Khamis – Kerajaan negeri Selangor akan mengkaji sistem waktu kerja anjal bagi penjawat awam wanita. Exco K...

 

BANGI, 22 Jamadilawal 1439H, Khamis – Kerajaan negeri Selangor akan mengkaji sistem waktu kerja anjal bagi penjawat awam wanita.

Exco Kesihatan, Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga, Dr Daroyah Alwi berkata, pihaknya akan melihat mengikut waktu bekerja yang bersesuaian buat para wanita bagi memastikan mereka lebih komited dalam bekerja.

Ia juga, katanya, sekaligus dapat membantu pekerja memberikan kualiti yang terbaik untuk pekerjaan mereka.

“Sekiranya sistem waktu kerja anjal ini dapat dilaksanakan, saya yakin ia akan memberi kemudahan kepada golongan wanita khususnya ibu untuk menguruskan masa dan memberi komitmen kepada keluarga.

“Saya yakin mereka tidak akan menyeleweng atau mengambil kesempatan dalam pekerjaan sebaliknya sistem waktu kerja anjal ini akan memudahkan lagi mereka menguruskan masa,” katanya.

Beliau berkata demikian pada satu Sidang Media ketika majlis Pelancaran Seminar Keseimbangan Hidup Bekerjaya anjuran Institut Wanita Berdaya (IWB) di Dewan Auditorium, Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) Raja Tun Uda, di sini hari ini.

The post Selangor kaji waktu kerja anjal penjawat awam wanita appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Related

TERKINI 8310221533748975292

Catat Ulasan Disqus Comments

JARINGAN

FACEBOOK

TOTAL PAGEVIEWS

item