Semua anjing di Sarawak pembawa virus rabies

BANGI, 26 Rabiulawal 1439H, Isnin – Semua anjing di Sarawak dianggap pembawa virus rabies, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S. Subramaniam.

Justeru beliau berkata, kerjasama semua pihak sangat diperlukan bagi memastikan haiwan itu divaksin untuk mencegah penularan wabak berkenaan.

“Vaksin perkara mustahak. Kita harap masyarakat memberi sokongan terhadap usaha ini kerana kebanyakannya tidak boleh pulih apabila dijangkiti virus berkenaan,” katanya seperti dilapor Utusan Online.

Mengulas lanjut Subramaniam berkata, adalah lebih selamat jika menganggap setiap anjing berpotensi membawa virus itu sebagai langkah pencegahan.

Menurutnya, kajian mendapati 50 hingga 60 peratus anjing berada di kawasan wabak membawa virus rabies.

Paling membimbangkan, kes virus rabies kebanyakannya menyebabkan maut, kerana tiada rawatan spesifik, yang ada cuma untuk pencegahan.

The post Semua anjing di Sarawak pembawa virus rabies appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian