Seorang lagi pemuda Palestin ditembak mati hari ini

GAZA, 21 Jamadilawal 1439H, Rabu – Seorang lagi pemuda Palestin ditembak mati selepas dia menikam seorang pengawal keselamatan rejim pengganas Israel di luar kawasan penempatan haram di Hebron, Tebing Barat, hari ini.

Hamza Zaamara dilaporkan memandu kereta dan berhenti di pintu masuk Karmei Tzur, penempatan haram Israel yang didirikan di atas tanah milik perbandaran Halhul dan Beit Ummar terletak kira-kira 11 kilometer di barat laut Hebron, sebelum menyerang dan menikam pengawal keselamatan itu.

Zamara, 19 tahun, bagaimanapun ditembak mati oleh seorang lagi pengawal keselamatan. Pengawal keselamatan yang ditikam hanya cedera ringan.

Berikutan itu, askar rejim pengganas Israel menyerbu rumah Zamara di Halhul, dan menangkap bapanya, Yousef.

Ini adalah kejadian kedua minggu ini, di mana pada Isnin lalu, seorang rakyat Palestin dilaporkan menikam pendatang Yahudi di penempatan Ariel, sebelum melarikan diri. Pendatang itu mati di hospital ketika mendapatkan rawatan, sementara warga Palestin berkenaan tidak dapat dikesan.

Tebing Barat – wilayah yang diceroboh rejim pengganas Israel – bergolak sejak lebih dua bulan lalu, berikutan tindakan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengisytiharkan Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.

Pergolakan itu memuncak apabila seorang rabi Yahudi dibunuh, Januari lalu, menyebabkan rejim pengganas Israel melakukan serbuan di Tebing Barat setiap hari untuk mencari pelaku kes itu, serta menangkap rakyat Palestin.

Semalam, rejim pengganas Israel mengumumkan kes berkenaan ditutup selepas pelakunya, Ahmad Jarrar ditembak mati.

Selain itu, tunjuk perasaan besar-besaran tercetus apabila askar rejim Zionis memasuki Jenin dan Nablus, serta menembak mati seorang pemuda Palestin. – Agensi

The post Seorang lagi pemuda Palestin ditembak mati hari ini appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian