Siapa Namewee? Si Biadab yang Sentiasa Terlepas

Kebiadapan Namewee seringkali dikenakan tindakan tidak setimpal

Siapa yang tidak kenal Wee Meng Chee atau Namewee, penyanyi rap yang terkenal kerana video muziknya ‘Like a Dog’ yang penuh kontroversi dan menimbulkan kemarahan ramai netizen baru-baru ini.

Untuk pengetahuan, ini bukanlah kali pertama Namewee menghasilkan video kontroversi seperti ini. Dan lebih pelik, mengapa tindakan undang-undang tidak dikenakan kepada penyanyi ini seolah-olah apa yang dilakukan adalah satu menifestasi peribadi dan dihalalkan atas nama seni.

Walaupun satu video penjelasan telah dimuat naik oleh Namewee berkenaan isu lagu ‘Like A Dog’, Namewee perlu sedar reaksi netizen yang rata-ratanya dingin adalah bukan kerana menanam rasa benci terhadap budaya bangsa Cina dan agama Buddha. Tetapi tentang kewajaran video tersebut dihasilkan dengan menyentuh sensitiviti kaum dan agama yang berada di Malaysia khususnya umat Islam.

Sebagai anak seni, Namewee perlu sedar bahawa bukan semua budaya yang boleh dilakukan di luar negara, boleh diterima oleh masyarakat di Malaysia khususnya umat Islam. Namewee perlu lebih banyak belajar tentang adab dan isu sensitiviti agama Islam dan budaya masyarakat Muslim di Malaysia sebelum menerbitkan sesuatu karya. Bukan sahaja sensitiviti umat Islam, malah sensitiviti penganut agama lain yang ada di Malaysia.

Yang menjadi persoalan pokok adalah bukan isu anjing yang konon dikaitkan dengan sambutan tahun baru cina, tetapi terdapat unsur yang tidak sesuai yang diselitkan di dalam video tersebut. Sebagai contoh, Namewee perlu berhati-hati dalam memilih lokasi penggambaran video, terutamanya masjid yang merupakan kawasan rumah ibadah yang dianggap suci bagi umat Islam di Malaysia.

Sebagai rakyat yang cintakan Malaysia yang kaya dengan kepelbagaian budaya, tindakan daripada pihak berkuasa terhadap Namewee adalah perlu, ianya akan dijadikan sebagai ‘precedent case’ atau rujukan yang kuat untuk menguruskan kejadian seperti ini yang mungkin berlaku pada masa akan datang.

Video seperti ini jika dibiarkan tular, boleh menerapkan sikap normalisasi tidak sensitif dan tidak hormat akan budaya bukan sahaja kepada umat Islam malah kepada penganut-penganut agama lain di Malaysia. Mereka akan terbiasa dengan budaya lucah dan meremehkan perihal kesucian rumah ibadah mereka.

Justeru, garis panduan perlembagaan dan undang-undang negara yang telah sedia ada cenderung kepada agama Islam tanpa mengabaikan penganut agama yang lain seharusnya dipertahankan dan dipergunakan untuk menangani isu seperti ini.

Bukankah rukun negara yang kelima ada mendidik kita tentang nilai kesopanan dan kesusilaan? Di manakah kesopanan dan kesusilaan Namewee dalam penerbitan video ini?

Fathi Kamil
Aktivis Isma Johor Bahru

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian