ismakualaterengganu

Sistem Islam terbaik untuk Malaysia: Tuan Ibrahim

  BANGI, 15 Jamadilawal 1439H, Khamjs – Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menegaskan, penubuhan parti Islam itu bukan han...

 

BANGI, 15 Jamadilawal 1439H, Khamjs – Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menegaskan, penubuhan parti Islam itu bukan hanya bertujuan melawan Barisan Nasional (BN) semata-mata.

Tetapi, PAS, katanya, mahu melawan mana-mana pihak yang dilihat cuba menyekat dan menghalang perjuangan PAS untuk orang Islam serta rakyat Malaysia seluruhnya.

“Sebab itu PAS bukan masuk lawan UMNO walaupun 99 peratus lawan UMNO. Ada tempat yang kita lawan parti lain.

“Jadi kita yang kita nak ubah ialah mengubah dasar kepada Islam. Kenapa Islam? Mungkin orang Kristian akan tanya kenapa Islam? Orang Buddha juga akan tanya kenapa ubah kepada Islam? Kami bukan Islam.

“Mungkin orang bukan Islam takut bila disebut kita nak buat perubahan kepada Islam. Sebagai jawapan, kerana Islam, peraturan Islam bukan manusia yang buat, peraturan Islam, sistem Islam Allah yang turun.

Allah yang jadi bumi, Allah yang jadi kita makhluk. Maka Allah Maha Mengetahui peraturan mana yang baik untuk manusia, peraturan mana yang tak baik bagi manusia.

“Maka kerana itu kita ambil peraturan Islam. Peraturan Islam ini bukan nak menyekat orang bukan Islam,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau menjelaskan, Islam menjamin keadilan kepada orang bukan Islam.

“Saya beritahu rakan-rakan Tionghoa. Saya kata saya PAS, tapi saya mesti berlaku adil kepada orang bukan Islam, bukan sebab saya PAS, tapi sebab Islam yang jadi anutan saya.

“Kalau saya tidak adil, tuhan, Allah Taala akan hukum saya. Saya berdosa, saya salah kerana saya tidak adil kepada orang bukan Islam,” katanya.

The post Sistem Islam terbaik untuk Malaysia: Tuan Ibrahim appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Related

TERKINI 508386808025415311

Catat Ulasan Disqus Comments

JARINGAN

FACEBOOK

TOTAL PAGEVIEWS

item