SJK Cina: Bukti kerajaan terdesak mahu undi Cina

Oleh Siti Fatimah Ishak

BANGI, 10 Jamadilakhir 1439H, Isnin – Tatkala Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) semakin hampir, kerajaan kelihatan terdesak menabur janji kepada pengundi Cina, hanya kerana semata-mata ingin mendapatkan undi kaum itu.

Ini termasuk janji Datuk Seri Najib Razak untuk membenarkan lebih banyak sekolah Cina dibuka pasa masa depan jika Barisan Nasional (BN) memerintah, kata Timbalan Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) – sebuah pertubuhan Islam dan Melayu sederhana, Haji Aminuddin Yahya

Beliau berkata, janji Perdana Menteri itu hanya akan membuatkan ketegangan kaum di negara ini terus berlarutan, sedangkan faktanya ialah sekolah vernakular adalah penghalang perpaduan antara pelbagai kaum.

“Suara NGO tidak pernah diambil kira, meskipun ratusan kali didesak agar sekolah vernakular dihapuskan. Kerajaan menyeru perpaduan, tetapi pada masa sama kerajaan sendiri yang memisahkan sistem pendidikan.

“Saya pasti, hubungan kaum akan terus renggang. Dalam isu ini sudah nampak sangat kerajaan sangat terdesak hendak undi Cina. Semua kerana undi,” katanya ketika dihubungi Ismaweb.net, hari ini.

Sementara itu, mengulas mengenai hubungan dua hala antara Malaysia dan China, Aminuddin berkata, kerajaan perlu memastikan hak orang Melayu tidak tergugat.

Najib menegaskan hubungan dua hala antara kedua-dua negara kini berada di landasan betul dan berkembang maju dalam semua sektor.

“Sama ada tergugat atau tidak itu terpulang kepada polisi negara, yakni siapa yang memerintah. Hubungan negara dengan China ini bukan baru. Sudah lama pun. Cuma kerajaan kena pastikan hak rakyat terutama orang Melayu tidak tergugat.

“Jangan sebab pelabur ini, usahawan-usahawan dan pekerja Melayu akan tergadai. Keadaan ini sudah kelihatan kebelakangan ini, terutama sejak kerajaan menyokong dan turut serta dalam OBOR (One Belt One Road) China.

“Termasuk, ada laporan mengatakan vendor Bumiputera kini dianaktirikan oleh Proton yang mana pegawai atasannya adalah dari China,” kata Aminuddin.

The post SJK Cina: Bukti kerajaan terdesak mahu undi Cina appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian