ismakualaterengganu

SPRM tangkap pengurus anak syarikat kerajaan Terengganu, enam ahli keluarga, proksi

KUALA LUMPUR, 5 Jamadilakhir 1439H, Rabu – Seorang pengurus pembangunan perniagaan anak syarikat Kerajaan Negeri Terengganu bersama enam a...

KUALA LUMPUR, 5 Jamadilakhir 1439H, Rabu – Seorang pengurus pembangunan perniagaan anak syarikat Kerajaan Negeri Terengganu bersama enam anggota keluarga dan proksi ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ​​kerana disyaki menyalah guna kuasa serta terbabit dengan siasatan kes rasuah membabitkan nilai kira-kira RM5.4 juta.

Menurut sumber SPRM, suspek berusia 59 tahun itu bersama enam yang lain ditahan di sekitar Terengganu dan ibu negara hari ini dipercayai telah menyalahgunakan kuasa dengan melantik beberapa syarikat yang mempunyai kepentingan kepada diri dan keluarganya antara tahun 2010 hingga 2017.

Sumber itu berkata, siasatan awal mendapati pengurus itu telah memberi kontrak serta projek kepada syarikat milik anggota keluarga dan proksinya.

Katanya, syarikat-syarikat itu adalah milik isteri, anak, menantu dan proksinya yang telah dilantik bagi memberi perkhidmatan dan bekalan berkaitan program serta kursus.

“Beliau memberi (projek) kepada sebuah syarikat yang pengarah serta pemegang sahamnya adalah isterinya berusia 52 tahun serta dua anaknya yang masing-masing berusia 34 dan 31 tahun. Menantu perempuan berusia 34 tahun yang juga pemilik sebuah lagi syarikat turut diberikan projek,” kata sumber itu di sini, hari ini.

Menurut sumber itu, projek turut diberikan kepada dua orang proksi yang juga pemilik syarikat yang masing-masing berusia 40 tahun.

Syarikat-syarikat itu juga didapati tidak melaksanakan beberapa projek dan kursus, tetapi telah membuat tuntutan pembayaran, kata sumber itu.

Sumber berkenaan turut memberitahu anak syarikat itu merupakan milik kerajaan negeri Terengganu yang mengurus serta memberi latihan dan kepakaran dalam bidang tertentu.

Sementara itu, Pengarah Kanan Jabatan Siasatan SPRM, Datuk Simi Abd Ghani mengesahkan penahanan tersebut dan berkata pasukan penyiasat kini dalam proses mencari bukti bagi membantu siasatan.

Katanya, pasukan penyiasat juga telah pergi ke beberapa lokasi di Terengganu, termasuk rumah pengurus tersebut di Kemaman bagi mengambil dokumen berkaitan kes bagi membantu siasatan.

“Suspek-suspek yang ditangkap dijangka akan dihadapkan ke mahkamah bagi permohonan reman esok,” kata Simi.

Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 18 dan Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (ASPRM) 2009. – Bernama

The post SPRM tangkap pengurus anak syarikat kerajaan Terengganu, enam ahli keluarga, proksi appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Related

TERKINI 2976162408346479222

Catat Ulasan Disqus Comments

JARINGAN

FACEBOOK

TOTAL PAGEVIEWS

item