ismakualaterengganu

Suami isteri direman kes budak meninggal didera

PORT DICKSON, 16 Jamadilawal 1439H, Jumaat – Mahkamah Majistret di sini menetapkan reman tujuh hari sehingga Khamis depan terhadap seorang ...

PORT DICKSON, 16 Jamadilawal 1439H, Jumaat – Mahkamah Majistret di sini menetapkan reman tujuh hari sehingga Khamis depan terhadap seorang anggota tentera dan isterinya bagi membantu siasatan kes kematian anaknya, dipercayai akibat didera.

Perintah reman itu dikeluarkan terhadap pasangan suami isteri yang berusia 35 dan 34 tahun itu oleh Majistret Siti Khariah Abdul Razak selepas permohonan dikemukakan pegawai penyiasat, ASP Mahafiz Mat Lawi.

Terdahulu, pasangan itu dilihat tiba di mahkamah pada jam 9 pagi dengan memakai baju lokap jingga dan tangan bergari diiringi anggota polis.

Semalam, seorang kanak-kanak perempuan dilaporkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan mendapatkan rawatan di Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) selepas tidak sedarkan diri di kediaman keluarganya di Lukut, malam kelmarin.

Mangsa yang berusia sembilan tahun itu ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri oleh bapanya.

Pemeriksaan ke atas badan kanak-kanak itu mendapati terdapat kesan lebam dan bedah siasat mendapati mangsa mengalami kecederaan parah pada organ dalaman seperti cedera buah pinggang, usus koyak serta tulang rusuk kiri dan kanan patah dipercayai dipukul dengan objek tumpul.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu membunuh. – Bernama

The post Suami isteri direman kes budak meninggal didera appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Related

TERKINI 1214941438035612692

Catat Ulasan Disqus Comments

JARINGAN

FACEBOOK

TOTAL PAGEVIEWS

item