Syor asingkan undang-undang institusi agama negeri

Oleh Athirah Huda Zalhe

GOMBAK, 29 Jamadilawal 1439H, Khamis – Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM) mengesyorkan penubuhan undang-undang khas khusus untuk institusi agama di Malaysia.

Presidennya, Datuk Zainul Rijal Abu Bakar berkata, undang-undang itu perlu bagi memastikan hak institusi agama seperti Majlis Agama Islam negeri, isu wakaf dan Mahkamah Syariah dipelihara.

“Semua perkara itu perlu kita asingkan, dan tidak diletakkan dalam satu undang-undang sahaja. Ia menjadikan ia superficial.

“Kita perlu ada enakmen kepada Mahkamah Syariah sendiri. Kita juga perlu ada prosedur yang khusus, enakmen wakaf dan semua tidak boleh diletakkan dalam enakmen iaitu pentadbiran sahaja,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui Ismaweb.net pada Simposium Keputusan Mahkamah Persekutuan Berhubung Kes Indira Ghandi, di sini hari ini.

Isu status agama anak-anak Muhammad Ridhuan Abdullah dan M Indira Gandhi hangat diperbahaskan kebelakangan ini, selepas Mahkamah Persekutuan membenarkan rayuan untuk membatalkan penukaran agama tiga anak mereka kepada Islam.

Menerusi 99 muka surat penghakiman, mahkamah memutuskan persetujuan kedua-dua ibu bapa adalah perlu untuk penukaran agama anak sebelum Sijil Perakuan Memeluk Islam dikeluarkan oleh Pendaftar Mualaf.

Berbeza dengan kes Subashini a/p Rajasingam melawanSaravanan a/l Thangathoray pada 2007, Mahkamah Persekutuan telah memberikan hak sama rata kepada semua .

Mahkamah ketika itu memberikan hak kepada Mualaf yang baru memeluk Islam untuk menentukan agama anaknya, dan juga hak pasangannya yang bukan Islam untuk membantah–serta tak dilupakan kepentingan kanak-kanak itu sendiri, yang kesemuanya akan diambil kira.

Zainul Rijal tidak menafikan bahawa keputusan Mahkamah Persekutuan berhubung kes berkenaan akan menjejaskan hak seorang mualaf.

Namun katanya, isu lebih besar dilihat beliau ketika ini adalah kedudukan Mahkamah Syariah itu sendiri, yang juga memberi kesan kepada perundangan Syariah.

“Kita memang perlu bersifat adil kepada kedua belah pihak. Tetapi dalam keadaan Mahkamah Syariah yang diikat, ia hanya boleh membuat keputusan kepada orang Islam sahaja.

“Bagaimana kita mahu mendapatkan keadilan di dalam Islam yang begitu cantik untuk Mahkamah Syariah laksanakan. Kita ikat tangan Mahkamah Syariah hanya untuk orang Islam sahaja, sedangkan keadilan Islam itu lebih luas,” katanya.

The post Syor asingkan undang-undang institusi agama negeri appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian