Tentera Myanmar bunuh sepuluh warga Rohingya akan hadapi tindakan undang-undang

RAKHINE, 26 Jamadilawal 1439H, Isnin – Anggota pasukan keselamatan Myanmar yang menembak mati umat Islam Rohingya di Rakhine September lalu akan menghadapi tindakan undang-undang.

“Tindakan undang-undang akan diambil terhadap tujuh askar, tiga anggota polis dan enam penduduk susulan siasatan tentera,” kata jurucakap kerajaan, Zaw Htay semalam.

Pembunuhan 10 lelaki Rohingya berlaku di kampung Inn Din pada September tahun lalu dan mayat-mayat itu dikebumikan di kubur besar selepas mereka dibunuh oleh penduduk beragama Buddha dan tentera Myanmar.

Pada bulan lalu, tentera yang ditahan mendakwa 10 orang Rohingya yang terbunuh adalah sekumpulan 200 ‘pengganas’ yang telah menyerang pasukan keselamatan.

Penduduk Buddha menyerang sebahagian daripada mereka dengan pedang manakala tentara menembak mati yang lain, katanya.

Tetapi versi peristiwa ketenteraan itu bertentangan dengan laporan yang diberikan kepada agensi berita Reuters oleh saksi-saksi penduduk Buddha di Rakhine dan Muslim Rohingya.

Penduduk Buddha melaporkan tidak ada serangan pemberontakan terhadap pasukan keselamatan yang berlaku di Inn Din, dan saksi Rohingya memberitahu agensi berita bahawa anggota tentera itu menahan 10 lelaki dari kalangan beratus-ratus orang yang mencari tempat perlindungan di pantai berdekatan.

Hampir 690,000 Rohingya telah melarikan diri dari Rakhine dan melintasi Bangladesh selatan sejak Ogos, ketika serangan sedang memuncak ekoran tindakan keras tentera Myanmar.

Kerajaan Myanmar bagaimanapun masih menafikan tuduhan itu. – Agensi

 

 

The post Tentera Myanmar bunuh sepuluh warga Rohingya akan hadapi tindakan undang-undang appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian