ismakualaterengganu

Tiga beranak maut kereta bertembung pikap

KUALA KRAI, 6 Jamadilakhir 1439H, Khamis –  Tiga beranak maut selepas Perodua Alza dinaiki mereka dirempuh sebuah pikap Mitsubishi Triton ...

KUALA KRAI, 6 Jamadilakhir 1439H, Khamis –  Tiga beranak maut selepas Perodua Alza dinaiki mereka dirempuh sebuah pikap Mitsubishi Triton di Kilometer 33, Jalan Kota Bharu-Kuala Krai, dekat Labok, awal pagi tadi.

Kejadian jam 1.23 pagi itu berlaku apabila pikap memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung dengan Alza.

Ketua Polis Daerah Machang, Deputi Superintendan Dzulkifli Abd Ghani, berkata, pertembungan itu menyebabkan kenderaan yang dipandu kereta Alza berpusing dan terbalik.

Katanya, mangsa, Siti Nur Alyaa Izzati Shaikh Rahim, 23, dan bapanya, Shaikh Rahim Shaikh Abdullah, 56, meninggal dunia di tempat kejadian.

Manakala ibu mangsa, Tengku Fariza Tuan Mat, 52 tahun meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Machang.

Sementara itu, anak perempuan Shaikh Rahim, Siti Nur Amanina, 21, serta pemandu pikap  Abdul Manaf, 27, cedera dan menerima rawatan di hospital.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

The post Tiga beranak maut kereta bertembung pikap appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Related

TERKINI 8203726554933898783

Catat Ulasan Disqus Comments

JARINGAN

FACEBOOK

TOTAL PAGEVIEWS

item