Tragedi memancing: Mayat kedua ditemukan awal pagi ini

KUALA LUMPUR, 4 Jamadilakhir 1439H, Selasa – Satu lagi mayat ditemui awal pagi ini dalam operasi pencarian lima orang yang dikhuatiri lemas ketika memancing di sungai berhampiran Kem Tentera Sungai Buloh semalam.

Penemuan ini menjadikan dua mayat dijumpai setakat ini susulan insiden yang berlaku petang semalam apabila arus deras menghanyutkan mangsa, manakala tiga lagi terselamat.

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, mayat berkenaan yang lengkap berpakaian ditemui tersangkut pada pokok pada jam 1.26 pagi, kira-kira sembilan kilometer dari lokasi kejadian di Sungai Gasi.

Mayat dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk proses bedah siasat dan pengecaman.

Mayat pertama ditemui kira-kira tujuh kilometer dari lokasi kejadian pada jam 9.49 malam tadi. Bagaimanapun, identiti mangsa belum disahkan lagi.

Polis sebelum ini tidak menolak kemungkinan terdapat lebih ramai mangsa berdasarkan maklumat daripada siasatan awal kejadian mengenai kewujudan beberapa pemancing lain di kawasan itu ketika kejadian.

Semalam, tujuh, termasuk dua wanita dan dua beranak dikhuatiri lemas, selepas dihanyutkan arus kuat ketika memancing berhampiran kem tentera itu, kira-kira jam 5 petang tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat berkata, maklumat awal mengatakan terdapat sembilan pemancing dihanyutkan arus deras, tetapi ada yang berjaya menyelamatkan diri.

“Operasi mencari dan menyelamat tujuh mangsa yang hilang itu masih dijalankan,” katanya sambil memberitahu pihak bomba menerima panggilan kecemasan daripada orang awam pada jam 5.42 petang.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan S Somu pula berkata, dua daripada tiga mangsa yang selamat membuat aduan polis mengatakan mereka ke kawasan itu bersama isteri masing-masing, sebelum dihanyutkan arus deras akibat air pasang.

Seorang lelaki turut memaklumkan dua rakannya yang juga anak beranak hilang dihanyutkan arus deras, katanya.

The post Tragedi memancing: Mayat kedua ditemukan awal pagi ini appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian