ismakualaterengganu

Tragedi memancing: Operasi cari 3 mangsa diperluas 20 kilometer

SUNGAI BULOH, 4 Jamadilakhir 1439H, Selasa – Operasi mencari dan menyelamat tiga lagi mangsa lemas di sungai berhampiran Kem Tentera Sunga...

SUNGAI BULOH, 4 Jamadilakhir 1439H, Selasa – Operasi mencari dan menyelamat tiga lagi mangsa lemas di sungai berhampiran Kem Tentera Sungai Buloh, diperluas sehingga 20 kilometer daripada lokasi asal.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Azmi Osman berkata, jarak pencarian diperluas selepas mengambil kira arus deras sungai, sejak semalam.

Katanya, 70 anggota bomba dan 86 anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyambung operasi hari ini.

“Dua ekor anjing ditambah bagi mencari kesan yang boleh membantu kita menemui mangsa yang masih hilang. Setakat ini, kita sudah jumpa dua mangsa yang sudah meninggal dunia,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan S Somu berkata, dua mangsa yang ditemui sudah disahkan identiti mereka.

Beliau berkata, mayat pertama yang ditemui malam tadi adalah Hashir berasal dari Indonesia, manakala seorang lagi mangsa dikenali sebagai Jamaluddin Rapawi.

“Tiga lagi mangsa yang masih belum ditemui ialah bapa kepada Jamaluddin iaitu Rapawi Jum’ada, Jeleha Hashim dan Silawati Zailan.

“Mayat sudah dihantar ke Hospital Sungai Buloh dan bedah siasat akan dijalankan sebelum mayat diserahkan kepada ahli keluarga mangsa,” katanya.

Semalam, lima, termasuk dua wanita dan dua beranak dikhuatiri lemas, selepas dihanyutkan arus kuat ketika memancing berhampiran kem tentera itu, kira-kira jam 5 petang tadi.

The post Tragedi memancing: Operasi cari 3 mangsa diperluas 20 kilometer appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Related

TERKINI 7905223003111966853

Catat Ulasan Disqus Comments

JARINGAN

FACEBOOK

TOTAL PAGEVIEWS

item