Tukar agama: Mufti syor semak semula keputusan Mahkamah Persekutuan

Oleh Siti Fatimah Ishak

BANGI, 20 Jamadilawal 1439H, Selasa – Mufti Pahang, Datuk Seri Abdul Rahman mencadangkan semakan semula keputusan Mahkamah Persekutuan berhubung penukaran agama tiga kanak-kanak kepada Islam yang terbatal dan tidak sah di sisi undang-undang baru-baru ini.

Masih bersedih dengan keputusan itu katanya, semakan keputusan perlu dibuat pihak-pihak berautoriti supaya hak kanak-kanak Islam itu terbela.

Beliau berkata, tujuan semakan semula itu bukanlah untuk menghina mahkamah, sebaliknya ia berkaitan soal agama.

“Kita tidak bersetuju sebab keputusan itu bercanggah dengan syarak. Ia amat menyedihkan umat Islam. Seolah-olah anak yang dididik dan dipelihara dengan Islam, akhirnya murtad dengan keputusan mahkamah.

“Saya rasa tak kena di situ. Sepatutnya, dari segi agama anak kena ikut agama ibu bapa jika salah seorangnya adalah Islam. Anak dah Islam, mana boleh jadi murtad.

“Tambahan pula, keputusan mahkamah kali ini berbeza dengan keputusan kes lalu. Jadi pendapat saya, ianya perlu disemak semula,” katanya ketika dihubungi Ismaweb.net hari ini.

Minggu lalu, Mahkamah Persekutuan memutuskan penukaran agama tiga anak Muhammad Ridhuan Abdullah kepada Islam adalah terbatal dan tidak sah di sisi undang-undang kerana tidak mendapat persetujuan ibunya, M Indira Gandhi.

Ketika mereka diislamkan pada 2009, kanak-kanak berkenaan itu masing-masing berusia 12 tahun, 11 tahun dan 11 bulan.

Menerusi 99 muka surat penghakiman yang dibacakan Zainun, mahkamah memutuskan persetujuan kedua-dua ibu bapa adalah perlu untuk penukaran agama anak sebelum Sijil Perakuan Memeluk Islam dikeluarkan oleh Pendaftar Mualaf.

Berbeza dengan kes Subashini a/p Rajasingam melawanSaravanan a/l Thangathoray pada 2007, Mahkamah Persekutuan terdahulu memberikan hak sama rata kepada semua .

Mahkamah ketika itu memberikan hak kepada Mualaf yang baru memeluk Islam untuk menentukan agama anaknya, dan juga hak pasangannya yang bukan Islam untuk membantah – serta tak dilupakan kepentingan kanak-kanak itu sendiri, yang kesemuanya akan diambil kira.

The post Tukar agama: Mufti syor semak semula keputusan Mahkamah Persekutuan appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian