Tun M dimasukkan ke IJN kerana jangkitan kuman

BANGI, 24 Jamadilawal 1439H, Sabtu – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) malam tadi.

IJN dalam satu kenyataan hari ini mengesahkan Dr Mahathir dimasukkan ke wad bagi mendapatkan rawatan kerana jangkitan kuman pada paru-paru akibat batuk.

Kenyataan itu berkata, Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu dijangka akan menerima rawatan selama beberapa hari di institut perubatan berkenaan.

“Setakat ini hanyalah keluarga terdekat dibenarkan melawat,” kata IJN.

Maklumat mengenai Dr Mahathir dimasukkan ke IJN turut dikongsi dalam laman Facebook  Mukhriz Mahathir FC.

The post Tun M dimasukkan ke IJN kerana jangkitan kuman appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian