ismakualaterengganu

Turki nafi guna senjata kimia di Syria

MUNICH, 3 Jamadilakhir 1439H, Isnin – Turki tidak pernah menggunakan senjata kimia dalam operasinya di Syria, malah mengambil perhatian se...

MUNICH, 3 Jamadilakhir 1439H, Isnin – Turki tidak pernah menggunakan senjata kimia dalam operasinya di Syria, malah mengambil perhatian sepenuhnya terhadap keselamatan orang awam di zon konflik itu.

Penjelasan yang dibuat Menteri Luar Negeri Turki, Mevlut Cavusoglu itu sekali gus menafikan tuduhan pasukan bersenjata Kurdis Syria dan sekutunya, mendakwa negara itu bertanggungjawab dalam serangan gas kimia di wilayah Afrin.

“Ia hanya rekaan cerita. Turki tidak pernah menggunakan sebarang senjata kimia,” tegas Cavusoglu kepada pemberita dalam Persidangan Keselamatan Munich.

Beliau menolak laporan itu, dan menyifatkannya sebagai propaganda daripada organisasi yang rapat dengan Parti Pekerja Kurdistan (PKK)- pernah melancarkan pemberontakan selama tiga dekad di Turki.

Beliau berkata, Turki mengambil perhatian sepenuhnya untuk melindungi orang awam dalam operasi ketenteraan itu, sedangkan militan Kurdis YPG menggunakan mereka sebagai perisai di kawasan yang dikawal.

Sebelum ini, Tentera Kurdish Syria dan sekutunya menuduh Turki melancarkan serangan gas yang didakwa menyebabkan enam orang cedera di wilayah Afrin, pada Jumaat lepas.- Agensi

The post Turki nafi guna senjata kimia di Syria appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Related

TERKINI 8698572915948731164

Catat Ulasan Disqus Comments

JARINGAN

FACEBOOK

TOTAL PAGEVIEWS

item