UMNO Pekan mahu Tun M batal lawatan
BANGI, 11 Jamadilakhir 1439H, Selasa – Program ceramah Pakatan Harapan yang bakal dihadiri Tun Dr Mahathir Mohamad di Pekan, Pahang esok mula menjadi kegusaran penyokong UMNO kawasan itu.
Kegusaran itu menyebabkan bekas Perdana Menteri selama 22 tahun itu diberi amaran supaya tidak meneruskan lawatannya ke kawasan Parlimen yang diwakili Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang dijadual petang esok.
Ahli jawatankuasa UMNO Bahagian Pekan, Abdul Rahim Yahya berkata, ramai penyokong parti itu terutama pemuda yang tidak berpuas hati dengan kedatangan Dr Mahathir yang mungkin menimbulkan masalah.
“Saya fikir lebih baik sekiranya program itu dapat dibatalkan, ada masalah, akan ada pergaduhan,”
“Malah polis mengatakan lebih baik tidak adakan program ini,” katanya seperti dilapor sebuah portal liberal, hari ini.
Difahamkan, Dr Mahathir yang juga Pengerusi Pakatan Harapan dijangka menghadiri program ceramah ‘Harapan Selamatkan Malaysia di Chini 2, Pekan, jam 8 malam esok.
The post UMNO Pekan mahu Tun M batal lawatan appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan