#UndiRosak mendekati dosa besar

 

Oleh Ainul Illia Meor Suzurudin

BANGI, 17 Jamadilawal 1439H, Sabtu – Perbuatan memulau Pilihan Raya Umum (PRU) atau sengaja membuat undi rosak adalah haram bagi umat Islam, kata Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Beliau berkata, umat Islam yang berbuat demikian adalah di kalangan mereka yang menyerah kalah kerana awal-awal lagi telah menarik diri daripada menjadi teras kepimpinan umat yang wajib demi menegakkan Islam dalam pemerintahan negara.

Mereka yang melakukannya, katanya, membuka jalan bukan Islam untuk memegang kuasa politik.

“Perkara inilah yang sangat dikehendaki oleh musuh Islam di dalam negara atau di luar negara.

“Maka kalangan yang melaksanakan kempen memulau pilihan raya sama ada kerana bodoh dan jahilnya atau kesediaannya menjadi alat bagi memberi laluan mudah kepada musuh Islam dan musuh negara,” tegasnya dalam satu kenyataan, hari ini.

Pada masa sama, beliau yang juga Ahli Parlimen Marang itu berkata, memulau pilihan raya turut mendedahkan kepada pilihan yang merosakkan negara dan rakyat, sama ada secara bersendiri atau mengundang campur tangan asing yang menjajah semula. 

“Memulau pilihan raya atau merosak undi hanya menunjukkan betapa jumud seseorang itu dan tidak bersedia membuat perubahan politik kepada yang lebih baik,” katanya.

Walhal, katanya, pilihan raya adalah alat bagi memilih pemimpin yang wajib dalam kehidupan bermasyarakat dan menjadi sebahagian daripada syariat Islam.

“Sama ada mewakilinya menjadi pemerintah secara langsung atau mewakili dalam kewajipan amar maaruf dan nahi mungkar yang menjadi teras kepada jati diri umat Islam dan manusia seluruhnya yang wajib dipimpin oleh umat Islam.

“Allah telah mewajibkan adanya kumpulan dalam kalangan umat Islam yang melaksanakannya,” katanya.

The post #UndiRosak mendekati dosa besar appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian