Langkau ke kandungan utama

Wabak rabies di Sarawak terkawal

SHAH ALAM, 20 Jamadilawal 1439H, Selasa – Wabak rabies atau anjing gila di Sarawak dalam keadaan terkawal, walaupun terdapat satu kes kematian terbaru akibat wabak berkenaan Ahad lepas.

Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata, kes kematian lelaki berusia 59 tahun itu merupakan kes lama iaitu pada November tahun lepas.

“Wabak rabies masih lagi terkawal, saya nasihatkan sesiapa yang terkena gigitan anjing agar segera mendapatkan rawatan di klinik atau hospital kerajaan.

“Jika terkena gigitan anjing, segera cuci tempat gigitan dan terus datang ke hospital untuk dapatkan vaksin,” katanya dalam sidang akhbar selepas majlis ramah mesra bersama Anggota Lembaga Pelawat dan Panel Klinik Kesihatan Selangor di sini hari ini.

Seorang lelaki mangsa rabies meninggal dunia pada jam 4.44 petang Ahad lepas selepas dimasukkan ke Hospital Umum Sarawak pada 25 Januari. – Bernama

http://www.ismaweb.net/2018/01/20/bergambar-umrah-bersama-ismaweb-penginapan/

The post Wabak rabies di Sarawak terkawal appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian