YDP ISMA KUALA KANGSAR RAIH ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG 2017

 

Oleh: Siti Fatimah binti Abdul Mutalib

KUALA KANGSAR, 20 Jamadilawwal 1439H, Selasa – Ustaz Zaidi bin Mohamad Jalil, Yang di Pertua Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) cawangan Kuala Kangsar yang baru sahaja berkhidmat selama 2 tahun di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Sultan Azlan Shah melahirkan rasa syukur kepada Allah dan berterima kasih kepada semua pihak yang memberi sokongan selepas berjaya menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang MRSM 2017 pada Majlis Perkhidmatan Cemerlang Kementerian Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) pada 5 hingga 6 Februari baru-baru ini.

Majlis yang berlangsung di Malaysia Exposition Park Serdang (MAEPS) telah menggabungkan kesemua 8 agensi yang bernaung di bawah KKLW. Beliau merupakan di antara 829 penerima anugerah di bawah agensi MARA.

“Anugerah tersebut diberikan kepada penerima berdasarkan pencapaian dan penilaian Ketua Jabatan atau Pengawal Pusat”, ujar beliau lagi.

Ketua Jabatan Sains Sosial MRSM Sultan Azlah Shah ini berharap supaya terus diberikan kekuatan oleh Allah untuk mendidik anak bangsa agar memiliki semangat patriotik, berpegang teguh dengan agama dan sedia berbakti demi agama, bangsa dan negara.

Prinsip “Work For Allah” yang sentiasa digenggam menjadi penguat semangat untuk beliau terus memberikan khidmat yang terbaik.

“Semua urusan kehidupan perlu diurus dengan baik dan seimbang antara kerjaya, keluarga dan dakwah. Berikan yang terbaik dalam setiap perkara yang dilakukan. Sentiasa bersedia untuk belajar sesuatu yang baharu dan tingkatkan kopetensi diri. Bina hubungan baik antara sesama rakan sekerja.”

Tambah beliau ketika diminta memberikan nasihat kepada golongan muda yang baru mula berkhidmat.

 

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian