ismakualaterengganu

Dekatkan diri dengan Allah dan sertai program bermanfaat – nasihat pelajar cemerlang SPM 2017

Oleh: Mohd Naim Yusof Kuala Terengganu – Perbanyakkan ibadat dan mendekatkan diri kepada Allah adalah antara kunci utama kejayaan yang dipe...

Oleh: Mohd Naim Yusof

Kuala Terengganu – Perbanyakkan ibadat dan mendekatkan diri kepada Allah adalah antara kunci utama kejayaan yang diperoleh oleh Irfan Rasyidi bin Kamarudin, merupakan pelajar Kolej Islam Sultan Alam Shah yang mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2017 baru-baru ini.

“Jaga hubungan dengan Allah, itu paling utama kerana kita sebagai hamba-Nya hanya mampu berusaha, segala keputusan sama ada baik atau buruk, cemerlang atau tidak adalah atas kehendak Allah”, kata beliau dengan penuh rasa bersyukur diatas keputusan cemerlang yang diperolehinya.

Beliau yang mendapat keputusan 10 A itu juga sentiasa melibatkan diri dengan program-program bermanafaat anjuran Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) ketika balik bercuti di kampung halamannya di Kuala Terenggganu. Antara program-program yang pernah disertai oleh beliau adalah seperti program qiamullai remaja, program kepimpinan remaja dan pelbagai lagi.

“Program-program anjuran ISMA seperti ini banyak membantu saya dalam membentuk peribadi yang lebih baik, berakhlak mulia dan berdisiplin seterusnya secara tidak langsung membantu saya lebih fokus terhadap masa depan saya dan umat Islam dengan matlamat yang lebih jelas” berkata beliau, yang juga merupakan anak kepada Naib Yang Di-Pertua (NYDP) ISMA cawangan Kuala Terengganu, Ustaz Doktor Kamarudin bin Awang Mat.

Beliau turut menyaran rakan-rakan beliau dan para remaja lain yang ada di Malaysia ini agar tidak mensia-siakan usia muda mereka terhadap perkara yang tidak berfaedah dan membuang masa, sebaliknya mengambil peluang dengan masa yang ada untuk menambah potensi di dalam diri dan mengubah diri ke arah yang lebih baik.

Selain itu, dengan keputusan yang cemerlang ini, beliau berharap dapat mengejar cita-citanya untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang kejuruteraan dan seterusnya dapat menjadi contoh tauladan yang baik khususnya kepada adik-beradik beliau sendiri dan orang lain secara amnya serta dapat menyumbang kembali kepada umat Islam.

Sumber

Related

TERKINI 5133840482589056172

Catat Ulasan Disqus Comments

JARINGAN

FACEBOOK

TOTAL PAGEVIEWS

item