Kingstown Klang FC kekal rekod tanpa kalah

SHAH ALAM, 16 JAMADILAKHIR 1439H, Ahad – Kingstown Klang FC (KKFC) mencatat kemenangan kedua-dua berturut dalam saingan Liga Komuniti Isma 2018 setelah mencatat kemenangan bergaya ke atas ROM United 3-0.

Keputusan itu menyaksikan KKFC mendahului carta dengan enam mata, dua mata mengatasi saingan terdekat, Serampunk FC yang berpesta gol dalam perlawanan sebelum itu ke atas pasukan muda Batraz FC lima gol tanpa balas.

KKFC yang membariskan pemain berpengalaman terdiri daripada anak jati Kampung Delek, Klang ternyata bukan saingan pasukan ROM United dengan KKFC selesa mendahului dengan tiga gol tamat separuh masa pertama.

Tiada tambahan gol pada separuh kedua dengan KKFC memperlahankan sedikit permainan dalam aksi yang berlangsung dalam cuaca panas terik.

Sementara itu dalam perlawanan lain dalam Kumpulan B, jaringan lewat separuh masa pertama membolehkan pasukan Black Panther mengikat KB Isma Selangor dengan jaringan 1-1 tamat permainan.

Keputusan lain bagi kumpulan B menyaksikan Pura FC membelasah Kutipjer FT 3-0 dan Subangland United mencatat kemenangan tipis ke atas Kurr Kurr FC 1-0.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian