Masalah mental – Stigma tinggi, kesedaran kurang

Bangi, 24 Mac 2018 – “Satu topik yang mempunyai stigma yang tinggi dalam kalangan masyarakat, namun kesedaran masih kurang. Masih banyak yang kita tidak tahu,” bicara pembukaan forum yang bertajuk “Kesihatan Mental: Perlu Ke Tahu?” oleh Puan Nurulhuda Karim pengasas Hijriahome.

Tambah beliau yang juga merupakan Exco Biro Wanita Isma Kuala Lumpur, “statistik terkini adalah 1 daripada 3 orang dewasa mengalami penyakit mental. Penyakit yang boleh terjadi dengan hanya disebabkan oleh tekanan dan emosi yang tidak terurus.”

“Sakit mental sama sahaja seperti sakit-sakit fizikal yang lain. Cumanya kesakitan yang dialami tidak dapat dilihat pada luaran.”, terang Dr Muna Hamiza Asiff semasa program Tea Talk For Ladies yang dianjurkan oleh Biro Wanita Isma dan Hijriahome.

Sambung beliau lagi yang merupakan pegawai perubatan siswazah psikiatri di HUKM, “penyakit mental adalah disebabkan oleh gangguan fungsi otak. Di mana bahan-bahan kimia di dalam otak yang mengawal emosi dan tingkah laku seseorang manusia tidak stabil.”

“World Health Organization (WHO) mengatakan bahawa gangguan mental akan menjadi salah satu penyakit utama pada tahun 2020 yang menyebabkan ketidak upayaan.”, tambah beliau.

“Faktor yang boleh menyebabkan penyakit mental antaranya adalah genetik atau keturunan. Kita akan ada kebarangkalian lebih tinggi untuk mengalami penyakit ini sekiranya mempunyai sejarah keluarga yang pernah menghidapinya”

“Yang kedua adalah disebabkan oleh ketidakseimbangan bahan kimia dalam otak. Contoh apabila kurang horman serotonin akan menyebabkan kemurungan dan jika terlebih dopamin akan menyebabkan skizofrenia”

“Kemudian, mereka yang pernah mengalami trauma semasa kecil juga berpotensi mendapat penyakit mental.”

“Dan yang terakhir adalah tekanan. Tekanan yang berterusan dalam kehidupan tanpa mencari penyelesaian dan tidak mendapat sokongan orang terdekat”, beritahu Dr Muna dalam perkongsian ini.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian