Pendedahan Bermakna Untuk ISMA Dungun FC

DUNGUN, 23 Mac – ISMA Dungun FC julung kalinya telah menyertai kejohanan bola sepak, Liga Untuk Semua (LISUS) 2018 peringkat daerah Dungun. “Ini merupakan pendedahan bermakna untuk kami”, inilah rumusan dan penilaian Coach Haniff Hassan, Jurulatih ISMA Dungun FC terhadap prestasi terkini pasukannya.

Selepas mengharungi siri perlawanan persahabatan, ISMA Dungun FC telah melangkah setapak lagi dengan menyertai LISUS 2018 yang diadakan pada 23-24 Mac 2018 di Padang Arena, Dungun. Kejohanan ini telah menarik penyertaan 40 kelab bola sepak sekitar Daerah Dungun.

Dalam kejohanan ini, ISMA Dungun FC gagal melepasi peringkat kumpulan selepas tewas dalam penentuan sepakan penalti ke pusingan ke-2

“Walaupun bermain dengan baik, kami akur ISMA Dungun FC masih perlu mempertingkatkan prestasi dan latihan yang lebih intensif terutamanya di bahagian serangan”, ujar Coach Haniff.

ISMA Dungun FC kali ini dibarisi dengan pemain berumur bawah 20 tahun, diharapkan menjadi tapak asas kepada pembentukan pasukan untuk jangka panjang.

 

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian