Program Kickstart pencetus inspirasi bagi pelajar-pelajar baru di Australia

SYDNEY, 20 Jamadilakhir 1439H, Khamis – Program tahunan Isma Australia yang pertama pada tahun ini, iaitu Kickstart telah dengan jayanya dianjurkan di 3 bandar utama di Australia iaitu Sydney, Brisbane dan Melbourne.

Tahun 2018 merupakan tahun ketiga Kickstart dianjurkan yang bertujuan untuk memberikan pendedahan awal tentang kehidupan universiti buat mahasiswa Malaysia yang baru sahaja tiba di Australia bagi melanjutkan pelajaran.

Tema utama Kickstart pada tahun ini ialah ketokohan pelajar dan isu kesihatan mental. Tema ketokohan pelajar yang diketengahkan pada tahun ini adalah bertujuan untuk menonjolkan ahli-ahli Isma dan komuniti Melayu di Australia yang cemerlang dalam bidang masing-masing khususnya kepada pelajar-pelajar baru.

Selain itu, tema kesihatan mental diketengahkan memandangkan isu ini menjadi semakin serius dalam kalangan mahasiswa Malaysia. Oleh itu, dengan adanya perkongsian dari pakar-pakar atau individu-individu yang berpengalaman dalam bidang ini.

Akhir sekali, program ini ternyata sangat relevan bagi mahasiswa terutamanya yang baru sahaja tiba untuk memberikan semangat bagi memulakan semester dan hidup baru dalam mengharungi kehidupan di universiti, terutamanya di bumi asing Australia.

 

IMRAN HARITH BIN AZMY

Ketua Biro Komunikasi dan Multimedia (BIKOM)

Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Australia

 

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?