200 Pelajar Sertai Program Motivasi KRIM Samarahan

oleh Effa Radika bt Bidin

KOTA SAMARAHAN, 26 April: Kelab Remaja Isma (KRIM) Samarahan dan SMK Kota Samarahan baru-baru ini telah menganjurkan program motivasi “Kamek Harapan Keluarga” bersama pelajar tingkatan tiga hingga lima di sekolah tersebut.

Seramai 200 orang peserta telah hadir pada program tersebut yang melibatkan ketua dan penolong kelas, pengawas sekolah, pengawas pusat sumber, pembimbing rakan sebaya dan pelajar cemerlang.

Ceramah motivasi “Minda Orang Berjaya” disampaikan oleh penceramah jemputan, Dr Mohd Khairol bin Jambli, Pegawai Perubatan dan Pegawai Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan UiTM Samarahan.

Siti Rofina binti Sarip, Pengarah Program, berkata, program motivasi Kamek Harapan Keluarga ini merupakan program khas di bawah anjuran KRIM yang melibatkan lima siri sepanjang tahun.

“Program ini bertujuan untuk mendedahkan peserta tentang tujuan dan matlamat hidup yang sebenar sebagai seorang pelajar dan manusia khususnya, selain membimbing mereka menjadi seorang pemimpin yang berkaliber, bersahsiah tinggi dan berakhlak mulia,” katanya.

Hadir sama, Guru Bimbingan dan Kaunseling SMK Kota Samarahan, Pn. Noorsalehan Noor dan Pengerusi Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) Samarahan, Muhammad Amirul Arib bin Md Adzhar.

 

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?