I-Guru hadir sampaikan sumbangan kebakaran di Akademi Ikatan Muslimin Ipoh

Oleh Nor Liyana binti Mohamad Rosly

IPOH, 16 April 2018, Isnin – Sebagai tanda kebersamaan, pihak Ikatan Guru-guru Muslim Malaysia (I-Guru) telah hadir melawat tapak kebakaran di Akademi Ikatan Muslimin (AIM) Ipoh pada petang semalam, sekaligus menyampaikan sumbangan sejumlah wang yang dikumpul daripada ahli-ahli I-Guru.

Walaupun tiada kemalangan jiwa yang berlaku, namun kerosakan pada bangunan tersebut tetap memerlukan perbelanjaan yang agak tinggi untuk dibaik pulih. Sehubungan dengan itu, pihak I-Guru merasa terpanggil untuk hadir melawat tapak kebakaran, untuk melihat sendiri kesan kerosakan daripada kebakaran tersebut dan menyampaikan sumbangan bagi meringankan beban pihak AIM memperbaiki bangunan itu.

Lawatan dan sumbangan itu telah dihadiri dan disampaikan sendiri oleh Presiden I-Guru, Ustaz Mohd Azizee bin Hasan. Bersama-sama beliau adalah wakil daripada Jawatan Kuasa Pusat I-Guru, yang turut menzahirkan rasa simpati atas kemalangan yang berlaku.

“Kami amat berterima kasih dan menghargai sumbangan yang diberikan oleh pihak I-Guru ini, dan berharap agar perkara sebegini tidak berlaku lagi di sini mahupun di sekolah-sekolah lain.” ujar Ustaz Mohd Najib bin Sadli, Pengarah Eksekutif AIM.

Bangunan AIM yang merangkumi bangunan kelas bagi Sekolah Rendah Imtiyaz, pejabat pentadbiran, dan juga asrama bagi warden dan pelajar Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) telah mengalami kebakaran kecil pada 27 Mac 2018 yang lalu, yang melibatkan kerosakan bangunan di bilik setor akademi tersebut. Punca kebakaran dipercayai adalah disebabkan oleh litar pintas.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian