ISMA Ipoh beri sumbangan pada Akademi Ikatan Muslimin yang terbakar

Oleh Zukhi bin Abdullah

IPOH, 16 April 2018, Isnin – Atas rasa keperihatinan dan tanggung jawab, pihak ISMA Ipoh telah menyampaikan sedikit sumbangan bagi meringankan beban pihak Akademi Ikatan Muslimin (AIM), Ipoh untuk memperbaiki bangunan akademi itu yang terbakar tempoh hari.

Kebakaran kecil tersebut telah berlaku di sebuah bilik setor di tingkat dua blok pentadbiran akademi tersebut, dan telah menyebabkan keseluruhan bahagian bilik tersebut rosak.

Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sayani Saidon berkata, ketika pihaknya tiba ke lokasi kejadian, bangunan tersebut telah 20 peratus terbakar. Anggota bomba telah bergegas ke lokasi kejadian setelah mendapat panggilan telefon daripada orang awam yang menyaksikan kejadian tersebut.

Sumbangan daripada ISMA Ipoh itu telah disampaikan sendiri oleh YDP nya, Ustaz Zamri bin Hashim kepada wakil AIM iaitu Hj. Rosidi Bin Shahari Pengetua Maahad Imtiyaz, yang merupakan salah sebuah sekolah yang beroperasi di bawah pentadbiran AIM.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian