KENYATAAN RASMI PEMBUNUHAN IMAM PALESTIN

 

Kenyataan Rasmi Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) Cawangan Gombak

PEMBUNUHAN IMAM PALESTIN

Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) Cawangan Gombak melahirkan rasa sedih dan dukacita atas tragedi pembunuhan yang menimpa Dr. Fadi M. Albatsh, imam Palestin pada hari ni.

Dimaklumkan bahawa beliau merupakan seorang pensyarah Universiti Kuala Lumpur. Kejadian pembunuhan berlaku ketika beliau dalam perjalanan menunaikan solat subuh di Setapak, Kuala Lumpur berdekatan kawasan kediamannya hari ini.

Isma Gombak mengecam pembunuhan ini dimana perkara tersebut tidak sepatutnya berlaku di Malaysia, sebuah negara aman dan damai. Kami tidak menolak kemungkinan terdapat pihak luar yang terlibat dalam kejadian ini.

Ucapan takziah kepada ahli keluarga almarhum dan rakyat Palestin atas pemergian beliau serta mendoakan semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas almarhum dan menempatkannya di kalangan para syuhada’ dan solihin.

Kami berharap agar pihak berkuasa melakukan penyiasatan terhadap pembunuhan ini dengan segera dan membawa pihak yang terbabit ke muka pengadilan.

 

IKATAN MUSLIMIN MALAYSIA (ISMA)
CAWANGAN GOMBAK
21HB APRIL 2018/  4 SYAABAN 1439H

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian