Wanita Isma Samarahan, Masjid Darul Ulum aktif santuni saudara baru

oleh: Effa Radika binti Bidin

KOTA SAMARAHAN, 18 April- Wanita Isma Cawangan Samarahan telah menganjurkan pertandingan memasak dengan kerjasama Masjid Darul Ulum, Taman Desa Ilmu baru-baru ini. Sebanyak lima kumpulan yang terdiri daripada ahli-ahli Wanita Isma, Jawatankuasa Masjid Taman Desa Ilmu dan Baitul Ilmi telah berentap menyediakan hidangan istimewa dengan resipi bertemakan masakan ayam.

“Tujuan utama penganjuran pertandingan ini adalah bagi mengeratkan hubungan silaturrahim antara masyarakat setempat dan ahli-ahli Wanita ISMA, selain mengasah bakat memasak di antara para peserta,” ujar Ketua Wanita ISMA, Dr Asmah Esa, selaku Pengarah Program.

Tempat pertama berjaya dirangkul oleh kumpulan dari Jawatankuasa Masjid Desa Ilmu dengan masakan bertemakan Ayam Masak Kerutuk, dan telah membawa pulang hamper berserta sijil penyertaan.

Turut hadir ialah Ketua Biro Masyrakat dan Keluarga (BKM) Isma Samarahan, Ustazah Nuraini Mohd Salleh, wakil Jawatankuasa Masjid Taman Desa Ilmu, Pn Maimon Hassan dan wakil Baitul Ilmi, Pn Adillah Ismail.

Dalam sebuah lagi program yang berlainan, Wanita Isma Samarahan dan Masjid Darul Ulum bekerjasama menganjurkan program Hari Terbuka Mualaf yang bertujuan memberi pencerahan kepada golongan saudara baru, khususnya di Sarawak. Slot Forum Islam Agamaku menampilkan panel yang terdiri daripada golongan mualaf yang menceritakan pengalaman penghijrahan masing-masing kepada Islam.

Taklimat Zakat dan Baitulmal telah disampaikan oleh Ustaz Masanal Bolkiah Mohen dari Pejabat Baitulmal Samarahan, yang menerangkan tentang bantuan-bantuan yang boleh dipohon oleh golongan muallaf.

Seramai 34 orang telah hadir pada program tersebut. Turut hadir ialah Pengerusi Biro Keluarga dan Masyarakat (BKM) ISMA Samarahan, Ustazah Nuraini Mohd Salleh.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian