Hari Sukan Isma Batu Pahat

Batu Pahat, 5 Mei – Obesiti dikalangan rakyat Malaysia telah menunjukkan peningkatan yang membimbangkan pada setiap tahun. Menurut kajian Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), negara Malaysia menduduki tangga yang ke-enam penduduk paling ramai obesiti dikalangan negara-negara Asia.

Tahap obesiti yang tinggi menunjukkan bagaimana sikap dan budaya masyarakat tempatan dalam menjaga kesihatan dan juga memandang enteng akan permasalahan tersebut.

Menurut Ketua Wanita cawangan Batu Pahat, Ustazah Zainatullukma Idris, pengawalan dari segi pemakanan adalah amat penting bagi mendapatkan tubuh badan yang sihat.

“Aktiviti bersukan merupakan salah satu usaha menjadikan tubuh badan manusia lebih sihat dan cergas sepanjang masa.

“Tubuh badan yang sihat amat penting kerana Mukmin yang kuat lebih dicintai Allah berbanding Mukmin yang lemah. Imam Asy-Syahid Hassan Al-Banna juga ada mengatakan salah satu muwasofat tarbiyah ialah sihat tubuh badan,” jelas beliau dalam program Hari Sukan Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) Batu Pahat di Pura Kencana baru-baru ini.

Tambahnya, pengawalan dari segi pemakanan yang seimbang dan aktiviti bersukan merupakan gabungan cara hidup yang dituntut oleh setiap individu.

“Sebagai contoh, individu yang berkerjaya mesti merancang dan berdisiplin dengan jadual harian bersukan serta menitikberatkan pengambilan makanan mengikut piramid makanan yang telah disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

“Individu Muslim seharusnya bersyukur atas nikmat yang telah dianugerahkan kepadanya dan mengamalkan gaya hidup sihat seperti yang dituntut oleh agama.

“Oleh sebab itu, bersukan amat penting bagi setiap individu kerana dengan bersukan, otot-otot badan akan meregang dan merembeskan toksin yang tidak dikehendaki daripada tubuh badan manusia. Ini akan menjadikan tubuh badan lebih sihat dan cergas serta otak menjadi cerdas,” jelasnya.

 

Nurul Aqilah Mohd Salleh

Wartawan 

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian