Imbasan Ringkas Aktiviti Isma Hulu Langat Sepanjang April 2018

Himpunan Pengundi Sedar, 8 April 2018

Seramai 100 ahli ISMA DHL turun bersama dengan Gerakan Pengundi Sedar (GPS) dan Cawangan ISMA seluruh Malaysia ke Himpunan Pengundi Sedar di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru. Demi kesejahteraan agama Islam, bangsa dan tanah air, ISMA DHL menyokong penuh laungan agenda ‘Undilah Calon Muslim Berwibawa’.

Anjuran ini mengajak rakyat untuk sedar dan bangkit, bersatu memilih calon yang benar-benar layak ke parlimen. Penilaian bukan berasaskan parti tetapi berdasarkan prestasi calon tersebut. 

Info lanjut : https://ift.tt/2g9X9Xs

NAZIM DHL – Pahlawan Memanah, 15 April 2018

Seramai 25 orang peserta berusia 7 hingga 12 tahun sekitar Sepang telah mengambil bahagian dalam aktiviti memanah anjuran NAZIM Hulu Langat. Kesemua mereka teruja dan gembira dengan aktiviti yang dijalankan. Aktiviti ini mampu meningkatkan minat terhadap sukan Sunnah dan kemahiran fokus peserta.

Info lanjut : https://www.facebook.com/NAZIM-DHL-742189299188131/

KRIM HULU LANGAT – Karnival Sukan Remaja Muslim (KASRIM) 2018, 16 April 2018

KRIM Hulu Langat telah mengadakan pertandingan bola jarring pada KASRIM 2018. Seramai 38 peserta dari remaja-remaja sekolah di sekitar Bangi menyertai KASRIM tahun ini. Malah, terdapat juga penyertaan dari Shah Alam.

Berikut adalah keputusan perlawanan :
Jess -1
Jayfive NC -2
JSMN -3
The Flyballers -4
The Tigerss -5

Info lanjut : https://www.facebook.com/krimdhl/

WANITA DHL – Usrah Wanita, 21 April 2018

Biro Wanita ISMA DHL terus ke depan mensantuni golongan muslimat dengan mengadakan Usrah Wanita yang santai dan mesra di Taman Nadayu. Pengisian usrah telah disampaikan oleh Ustazah Kauthar tentang tafsir surah Al-Falaq.

Info lanjut : https://ift.tt/2GqWojD

WANITA DHL – Bengkel Penulisan, 22 April 2018

Wanita ISMA DHL adakan bengkel penulisan mantapkan penghasilan berita.

Antara tips yang diberikan adalah teknik mencatat isi penting ketika ceramah berlangsung dan kemahiran menulis berita

Peserta juga telah diminta membuat tugasan menulis berita berdasarkan rakaman usrah wanita yang ditayang ketika bengkel. Pendedahan kepada aspek asas penulisan berita ini amat penting bagi memberi pengetahuan kepada Wanita ISMA DHL untuk melaporkan aktiviti yang dilaksanakan.

Melalui kaedah ini, segala informasi dan aktiviti biro wanita dapat dikongsi kepada orang ramai disamping melonjakkan imej biro wanita di hati para pembaca.

Info lanjut : https://ift.tt/2GqWojD

WANITA DHL – Usrah Wanita, 23 April 2018

Persediaan Menuju Ramadan

“Kita seharusnya bersedia menyambut tetamu agung Ramadan seperti bersedianya kita menyambut tetamu-tetamu istimewa ke rumah kita,” ulas Ustazah Nur Fatin binti Halil, ahli Majlis Ulama Isma (MUIS) dalam satu siri Usrah Wanita di Surau Nur Idaman, di sini, pagi ini.

Beliau yang juga graduan Sarjana Syariah, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) menambah, persiapan menyambut Ramadan perlulah meliputi aspek mental, ruhi dan fizikal di samping rasa syukur kerana masih berpeluang untuk menyambut Ramadan yang berikutnya.

Ustazah Nur Fatin turut mengajak muslimat yang hadir untuk membuat perancangan bagi awal Ramadan termasuklah aktiviti bersama keluarga dan ibadah harian.

“Jangan terlepas malam Al-Qadr yang datang hanya sekali setahun,” kata beliau lagi berkenaan rutin masyarakat yang biasanya lebih sibuk dengan persiapan perayaan pada waktu tersebut.

Usrah Wanita ini yang bertajuk ‘Ramadan di Hatiku’ dihadiri kira-kira 30 penduduk Apartmen Bangi Idaman dan kawasan sekitarnya merupakan program anjuran Biro Wanita Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) Daerah Hulu Langat.

Info lanjut : https://ift.tt/2GqWojD

 

Disediakan oleh : Biro Komunikasi & Multimedia (BKOM) cawangan Hulu Langat

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?