ISMA Alor Gajah Santuni Golongan Ibu Tunggal dan Asnaf

ALOR GAJAH, 29 Mei  – Sebanyak 27 buah Bakul Ramadan telah diserahkan oleh ISMA Alor Gajah (AG) kepada 27 keluarga yang kurang berkemampuan dengan kerjasama PEMBINA, NAZIM, Wanita ISMA AG, KRIM, dan BKM AG.

Keluarga yang dikunjungi rata-rata merupakan golongan ibu tunggal, warga emas dan Asnaf.

Aktiviti pengagihan sumbangan telah disertai oleh YDP ISMA Alor Gajah, Abdul Razak Bin Kassim bersama 25 orang peserta sukarelawan dan ahli-ahli ISMA AG yang lain.

“Kempen ini memberikan peluang kepada ahli ISMA untuk turun padang dan melihat sendiri kehidupan susah senang masyarakat sekeliling.”

“Rasa peduli terhadap nasib saudaranya, sikap ambil tahu dan mengambil berat kian pudar di kalangan masyarakat kita hari ini. Oleh itu, ISMA AG komited untuk menyuburkan nilai-nilai keprihatinan dan ambil berat terhadap masyarakat dalam diri setiap ahli ISMA AG khususnya dan masyarakat amnya.”

 

Program ini turut disertai oleh Ketua Wanita ISMA Alor Gajah, Dr. Nur Faridah Binti Zulkhaini.

“Selain objektif utama untuk menyantuni dan membantu masyarakat setempat, kesempatan ini juga digunakan untuk membawa anak-anak melihat sendiri kesusahan hidup orang lain.”

“Pengalaman ini membuka satu paradigma yang menjadikan anak-anak lebih mensyukuri kesenangan hidup yang dikecapi, selain menitip rasa tanggungjawab untuk membantu golongan yang kurang bernasib baik.”

Kempen ini bermula pada pukul 2 petang dan telah dijalankan di sekitar kampung dan kawasan perumahan daerah Alor Gajah, antaranya di Kampung Paku, Durian Daun, Pengkalan Balak, Kampung Sungai Buloh, Pengkalan, Masjid Tanah dan Simpang Empat.

Bakul Ramadan yang diberikan berbentuk barang keperluan harian dan wang tunai, adalah hasil sumbangan orang awam melalui Kempen Bakul Ramadan 2018 yang dilancarkan sejak awal Ramadan bagi menampung keperluan harian mereka untuk menjalani ibadah puasa.

Diharapkan dengan projek tahunan Bakul Ramadan ini bukan sahaja dapat membantu meringankan beban mereka yang memerlukan, malah ISMA AG dapat menjalinkan hubungan yang baik dengan masyarakat sekitar.

 

Ahmad Shueib Sulaiman

Biro Komunikasi dan Multimedia ISMA Alor Gajah

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian